Wednesday, February 24, 2010

Tak Perlu Ada BENCI

Langkah-langkah hidup akan menemukan kita dengan persinggahan yang pelbagai. Setiap persinggahan pula akan melakarkan kenangan yang akan ditinggalkan. Hidupkan kenangan-kenangan itu sebagai pengajaran di masa mendatang.

Setiap persinggahan akan berbeza ceritanya, berlainan plotnya. Ada kisah gembira dan akan ada kisah gulana. Namun kalau ketemu insan-insan yang menyeksa kehidupan, belajarlah untuk tidak menyalakan api kebencian.

Bagaimana? Fikirkan begini…setiap yang Allah ciptakan tiada satu pun yang sia-sia melainkan kita yang selalu mensia-siakan kurnian Allah. Segalanya dengan hikmah yang terahsia. Hikmah itu yang perlu dicari dan digali.

***aku amat berpegang pada yang 1 ni(ada hikmah atas setiap yang berlaku)***
pesan dr seorang guru (PN INTAN ZULINA HASHIM-rindunya aku pada dia)bilalah agaknya aku boleh berjumpa dengan dia kembali..aku nak sangat jumpa dia...setelah bertahun2, kali terakhir pertemuan dengan nya mungkin sewaktu di hari persandingan dia..CIKGU terima kasih atas segalanya(nasihat dan perangsang  untuk aku terus maju..)

Ingatlah segala yang ada disekeliling kita adalah sesuatu yang Allah kirimkan sebagai rahmat, tapi sekadar pinjaman sementara yang akan pergi pada bila-bila masa. Ada insan yang Allah kirimkan agar menjadi orang yang membantu segala sesuatu. Ada insan yang Allah hantar untuk memberikan ilmu, mengajarkan makna hidup, paling tidak pun menjadi teman-teman agar hidup ini tidak membosankan.

****terima kasih teman sebab kamulah yang menceriakan hari2 aku disamping kamu*****
(teman sekolah,teman sepoli,teman sekerja,teman berchatting,teman bertwit,teman berskype.semua la)

Cuma, versinya berbeza kerana subjek kehidupan bukan seperti kuliah yang ada peperiksaan dihujung semester. Makna hidup perlukan pengalaman, penilaiannya setiap saat dan hasil ujiannya hanya ada di Mahsyar.

****klau hari2 kena periksa habisla mesti GAGAL****

Pasti pernah ada ketika hadir manusia-manusia yang sengaja menyakitkan. Datang membawa seribu satu beban dan kemarahan. Berbicara dengan lidah melukakan hingga memberi tekanan dan kadang-kadang menyebabkan air mata berlinangan. Andai datang saat ini, belajarlah bersabar. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar. Memang dia dikirimkan untuk menguji kesabaranmu.

****orang2 macam ni memang ade dimana,hanya dengan berbekalkan kesabaran la aku masih aku***


 
Redhakanlah hati bahawa diri ini bukanlah insan yang sempurna jadi mengapa mengharap semua orang yang ada dalam hidup kita ini adalah baik-baik belaka. Berikanlah kemaafan atas kesilapannya kerana dia juga insan sepertimu yang sedang mencari makna kehidupan. Mungkin dia khilaf kerana dia tidak tahu. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Sesungguhnya dengan memberi kemaafan engkau meringankan beban mu sendiri. Jika terasa terlalu payah maka titipkanlah namanya dalam bait doa-doamu. Agar kebencian dihatinya pudar bertukar kasih.

****amin moga doa2ku diterima DIA****

Janganlah tatkala berhadapan dengan insan seperti ini, kau lawan dengan api kebencian, tiada siapa yang akan menang. Kelak akan membawa kepada permusuhan yang panjang.Janganlah hati nan sekeping ini dicemari rasa benci. Diri sendiri yang akan rugi. Bukankah nabi pernah berpesan; “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti mana ia mencintai dirinya” (riwayat Bukahri dan Muslim)

****moga kemaafan itu hadir setiapkali perasaan benci itu mula bertaut dihati..***
Kesimpulannya, didiklah hati, jangan hidupkan perasaan benci..SAYANGILAH dia biar siapa pun dia dihatimu...

No comments:

Post a Comment