Friday, February 19, 2010

♥.... 15 Tanda Jatuh Chenta....♥

Hari ni tgn aku x payah nak menggegel2 nak mengetok sesuatu dlm BLOG sebab aku dah ada CIK BULAN yang akan memeriahkan wall FB aku dengan notes yang pasti akan buat aku untuk copy n paste...CIK BULAN aku buat ini semua dengan keizinan ko tau..bukan saja2 k....kadang2 kata CIK BULAN ni memang 'jiwangnyer gler'........heheheheh

sesuai untuk mereka yang berusia 18 ke atas....bukan ape...budak2 xsesuai lagi nak jatuh chenta.....mak kata, "blaja dulu, jgn nak gatai2 nak berbalak ke hape ke.....". ayah plak kata, "blajo msk unibersiti bley dpt pakwe kacak2...". kawan kata, "ish,rugi ko tak bercinta...syiok!!!!'

walhal time tuh (skolah lagi) nak dating pon kene kompul duit...makan pon kene kongsi2...adui...cmne tuh.....syiok kemende???? hehehehe XD
***masa aku sekolah dulu aku xpenah dating k..ni zaman CIK BULAN..

Nih antara petanda2 yang hanpe sudah jatuh,,,bukan jatuh tangga, jatuh lobang jamban, tetapi jatuh chenta...... X)
************************************************************************
1. SUKAR MELELAPKAN MATA.
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.
(ulasan aku: aku tido nyenyak jerk......xde plak mengalami masalah tido kecuali kalo aku tonggang nescape 3 sachet...baru xbley tido XD)

2. PERASAAN SENTIASA BERDEBAR.
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.
(ulasan aku: akan jadik begitu kalo kuar ngan dier tibe2...alamak! perot memulas n malangnye tandas sgt la jauh....time tuh mmg berdebar2, takot tak smpat jer beb...ahaks!)

3. SUKA AMBIL TAHU.
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.
(ulasan aku: aku cobe nak amik tau.....tp sakitnyer ati biler dier wat tatau.....rase nak bg pelempang sakti jerk...sudahnye time makan kt kedai makan aku x amik tahu, aku amik tempe jerk..... XP)

4. RESAH GELISAH.
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.
(ulasan aku: akan rase resah n gelisah apabila.....sama seperti ulasan No.2)
5. DIHINGGAPI CEMBURU.
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
(ulasan aku: stiap kali aku cmburu....aku akan dihinggapi oleh mende lain plak....."lalat nih mmg mnyemak..aku tau aku bru makan ikan kering td...jgn la dtg kt aku...shuuuuh!)

6. HOBI BARU, TERMENUNG.
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.
(ulasan aku: port yg paling best ialah dibilik 'termenung' smbil membuat pelaburan smbil termenung uih syiok wo...!!. mcm2 aku dok brangan...kalo la itu, kalo la ini....bla..bla....)

7. DATING.
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
(ulasan aku: aku suke dating...anda tak suka kah???? XD)

8. RINDU.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.
(ulasan aku: mmg aku selalu rindu dier..... ^_^ )

9. BERGAYUT DI TELEFON.
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.
(ulasan aku: syok gayut kalo time gaji...topup beribu2 kali pon xpe...yang xsyiok bile RM semakin krg, make krg la sesi suai kenal dlm tepon tuh-------> ni yg wat nak crik 'BAPA GULA' nih...ahaks! )

10. BERUBAH CITARASA.
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.
(ulasan aku: aku tak brubah...dier yg brubah...alahai, ye ke? )

11. MERAJUK.
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.
(ulasan aku: tidak mnjdi masalah pd ku ttpi menjadi masalah bg dier kerna dier 'Tidak Boleh' nak majok2 sbb aku akan majok blk dan membuatkan dier xjd nak majok sbb kene pojok aku yg majok sbb dier majok.....ape penin la...)

12. SENTIASA KATA ‘YA’.
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
(ulasan aku: mane ader selalu kata ya...ader jerk aku kate tidak...mane tak nyer.....dier dgn senang ati mengeluarkan seputung rokok PallMall di dpn aku...aku pon kata Tidak la.....nak bagi aku mati dulu ke hape.....???)

13. SANGGUP BERKORBAN.
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.
(ulasan aku: andai kata crita aku ibarat cite titanic, "u jump, i jump"...takmo aku....biar la dier nak jump dulu...dosa tau tuhan marah kalo ader cobaan mmbunuh diri...tamau2 XP)

14. JADI ORANG LAIN.
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.
(ulasan aku: aku nak gak ttibe bgn dr tido..aku tgk cermin, mak ai rupe ku dh jd angelina jolie.....wow! alangkah bagus nyer.....tp itu bukan fkta ttpi auta...heheheh)

15. INGINKAN PERHATIAN.
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.
(alasan aku: kalo dier xnak bg perhatian kt aku....aku akan perhatikan pd mamat lain..usha la kire nyer......huhuhuhu berbaur ugutan tuh....XD )

note: fakta2 diatas ader gak yg terkena bkn pd aku sahaja tapi banyak kena pada CIK BULAN(130%) dan mungkin pd org lain gak kan erm..?????

terima kasih kepada sumber yg bley dipercayai....CIK BULAN (ayat2 engkau memang terbaek bagi aku..)

No comments:

Post a Comment