Tuesday, June 15, 2010

gelap itu perlu.

Apakah erti kegelapan bagi kamu? Bagi aku kegelapan adalah suasana dimana tidak adanya terang. Keadaan dimana kita tidak lagi bisa melihat segala sesuatu di sekeliling dan didepan kita. Yang aku pasti banyak orang takut akan kegelapan, kerana disebalik kegelapan tersingkap banyak rahsia yang akan  menrungkai satu cerita....tetapi apakah kita juga harus takut kepada kegelapan itu?....
Ada seorang guru memberitahu aku tentang sesuatu....katanya:

"dari gelap lah datangnya mimpi...sebab tu ada kelopak mata dan ia akan tertutup tanpa kita kawal...bila lelap mata kan gelap...bila kita mulai rasa kegelapan itu pastinya akan hadir suatu MIMPI indah yang mungkin akan mengamit kenangan semalam.."

hanya satu sahaja nasihatnya pada aku....

"hmmmm.... think with urself n say it to ur self...." aku amat berterima kasih kepadanya...



Kadangkala gelap di hati akan membawa sedikit kesedaran untuk kembali kepada kebaikkan. Kerana itu aku katakan bahawa gelap itu perlu. kerana ianya telah banyak menyedarkan aku bahawa aku harus bangkit dan usah bermimpi lagi...kerana adakalanya mimpi itu mengkhayalkan aku...

No comments:

Post a Comment