Wednesday, June 23, 2010

CANTIKnya DIA...

Beza KALAU POMPUAN CHANTEK......KALO POMPUAN  TAK CHANTEK....

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan

Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome

Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik di tinggal kekasih

Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik di tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW

Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki

Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati

Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak

Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol

Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2

Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring! 


**kredit to my cute mute a.k.a baby bear 
(ZETTY AKHTARUZILLA BINTI ABDUL HALIL)  
kerana membenarkan aku meminjam NOTESnya ini...** 


Haruskah BERKERUDUNG HITAM?...

Tapi bagi aku...

Cantik kayu ukurnya bergantung kepada yang melihat, mendengar dan merasa. Cantik boleh didengar dan dirasa?...Tentu ramai yang mempunyai definisi tersendiri...mengikut pendapatan sebulanku, apa sahaja yang menyebabkan seseorang itu cantik sebenarnya adalah dari HATInya...usah terlalu susah hati jika kamu merasakan kamu  tidak begitu menarik. Kamu  tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan siapa kamu. Ini termasuklah gaya jalan kamu, cara kamu bertutur, pendirian serta sikap kamu terhadap sesuatu perkara......begitulah misteri dan luasnya MAKNA cantik....jika dia masih belum menerima kehadiran kamu dalam hidupnya bukan bererti kamu tidak cukup cantik dan menarik tetapi sebenarnya kamu masih belum bertemu dengan orang yang boleh mentafsirkan CANTIK itu menurut kelebihan yang ada pada diri kamu....Bersabarlah..kerana tiada manusia yang dilahirkan BURUK...Allah Taala juga menjadikan kita sebagai antara suatu ciptaanNYA yang paling menarik...baik sang hati baiklah seluruh BADAN..jahat sang HATI jahatlah seluruh BADAN..ingat itu....

No comments:

Post a Comment