Wednesday, May 12, 2010

Mycinta_CBB

Sepatutnya hari ni menjadi hari paling seronok g kerja sebab semalam akaun BANK aku dah berisi semula...tapi sayang sekali hari ini menjadi hari yang sebaliknya apabila tayar kereta aku pancit. Ni salah sendiri juga sebab aku terlebih corner di bulatan pekeliling tu  dan kena penghadang jalan kerana ada motor dari arah bertentangan. melantun segala barang yang ada atas DASHBOARD kereta aku..hurm nasib baik aku berjaya mengawal stereng kereta tu..kalau tak ALLAH je la yang tau..perasaan aku ketika tu sangat berdebar...kereta mula perlahan dan aku merasakan kecederaan pada myCINTA_CBB...cian dia..

Park kereta kat tepi bulatan pekeliling tu..keluar dengan perasaan yang kurang enak...aku tengok cover rim tayar dah takde kedua-duanya..argh pedulikan la...tayar hadapan sebelah kanan dah mengempis...mungkin kerana hentakan tadi..aku mula mengucap..ALLAH..subuh2 ni...benar2 dugaan bagi aku...

Berfikir apa yang harus aku lakukan..dah la ini pengalaman pertama....subuh2 plak tu..ada ke orang nak berhenti tolong aku...nekad..berusaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain...ABANG JON pun aku tak hubungi..malas nak menyusahkan dia..lagipun salah aku sendiri....check tayar simpanan kat bawah but kereta dan tools sekali. Semua ada...tapi masih memikirkan, mana aku tau tukar tayar. (OK, tipikal perempuan kan, kan?..jarang melalui perkara seperti ini). 

Aku menghubungi seseorang dan menyampaikan apa yang telah berlaku pada aku dan juga mycinta_CBB..

"Mungkin lambat skit..tayar pancit ni....tgu je la"...
Talian telefon aku putuskan dengan harapan dia tak risau tentang aku...aku nekad menyinsing lengan baju kurung kapas yang aku pakai...mengeluarkan tayar simpanan dan juga segala perkakasan terutamanya JACK kereta(betul ke ejaan ni)..aku berusaha untuk mycinta_CBB,  tanpa rasa malu...aku bergigihan...setiap motor dan kereta yang melalui kawasan tu hanya tau membunyikan HON tanpa rasa belas kasihan melihat seorang Gadis menukar tayar keretanya sendiri...bukan nak tolong aku...(dlm hati takut sebenarnya..)aku tak pedulikan semua tu...aku mau orang mengubah persepsi mereka mengenai wanita..jangan ingat wanita itu lemah ok...

"alhamdullillah...aku berjaya jua menukar tayar setelah habis segala kudrat aku...."

pengalaman yang sangat menarik bagi aku hari ini....pengajaran jua buat aku..supaya lebih berhati-hati ketika memandu terutamanya di bulatan ataupun diselekoh tajam..jangan DRIFT lagi ok....perbelanjaan bulan ni mungkin akan tersasar lagi kerana terpaksa membaiki RIM yang sudah rosak..aku meneruskan perjalanan ke tempat membanting TULANG dengan tangan yang berlumut dan terpalit minyak-minyak hitam...sungguh sedih..hingga terluka jari jemari aku... 

 ** bukti aku bergigihan-legam..**

apapun aku sayang MYCINTA_CBB...saya janji saya tak sakiti awak lagi OK....Sekian. Pengajaran hari ni, kepada wanita-wanita, kalau nak tayar pancit, sila pancit pada waktu yang sesuai, dan diketika anda yakin ada lelaki kacak di persekitaran. :D

No comments:

Post a Comment