Monday, August 16, 2010

kita tidak boleh terlalu MEMILIH...

kisah yang mungkin pernah terjadi pada kita.....mahu memilih sehingga kita sediri tidak sedar bahawa pilihan yang kita ada itu adalah yang terbaik...

mengulang kembali kisah lalu....
pada suatu hari di sekolah, ada seorang murid bertanya pada gurunya..ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang...


Pelajar: " cikgu macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik yang paling kita sayang...macamana juga kasih sayang itu nak berkekalan....."

Cikgu: " ok, kamu ikut apa yang saya suruh...kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu...pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali...dah petik rumput yang paling cantik, bawa la ke kelas..."


apabila pelajar tersebut pulang ke kelas...tiada sehelai rumput pun ditangannya...cikgu bertanya kenapa tiada rumput pun yang dipilih....

Pelajar: " tadi masa saya berjalan, saya mencarilah rumput yang paling cantik...memanglah ada yang cantik..tapi cikgu kata, petik la yang paling cantik, maka saya terus lah berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi...tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik..mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik,tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiada la rumput yang saya boleh petik.."

 
Cikgu: " ya , itulah jawapanya...maknanya apabila kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang..janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu..kita patut hargai orang yang berada dihadapan kita sebaik-baiknya..jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana apa yang dah berlaku tetap berlaku...semoga yang berlaku tak berulang lagi..dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik..walaupun nak ikutkan banyak lagi rumput yang cantik dan baik seperti rumput tadi.



aku mahu menjadikan kisah ini sebuah tauladan...buat aku dan semua orang...tak kiralah siapa pun pilihan yang aku ada...aku hanya mahu menyayangi dia seadanya dia...buat KAMU yang aku sayang....kamulah yang terbaik dan tercantik pilihan aku...

No comments:

Post a Comment