Friday, August 20, 2010

Hanya DIA...

Ya Allah.........
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku.........
Satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkan kebahagiaan antara kami
...agar kemesraan itu abadi........
Ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Pengasih.........
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi.........
Maka jodohkanlah kami.........
Tetapi Ya Allah..........
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku........
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku.....
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.......
Ya allah Ya tuhan ku Yang Maha Mengerti....
Berikanlah aku kekuatan.....
Menolak bayangnya jauh ke dada langit.....
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang.........
Walaupun tanpa bersama dengannya.....
Ya Allah yang tercinta.........
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan.........
Adalah yang terbaik untuk hambamu ini...

Ya Allah.....
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.......
Di dunia dan akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini........
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian........
Di dunia ini mahupun akhirat
Maka...kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina
Kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai.......
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.....
 
Ya Allah........
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka.....
AMIN.......AMIN.......YA ROBBIL ALAMIN.


***notes ini istimewa untuk  Zetty Ety 
terima kasih pada dia kerana memberikan aku bait-bait indah ini...aku tahu sebenarnya, dia cuba untuk memberitahu kepada aku apa yang dia simpan dalam hatinya selama ini...jika kita memandangnya, diluaran saja dia kelihatan ceria tetapi dihatinya mungkin dia sedang menangis memendam rasa...kisah cinta yang tak kesampaian dan kisah sebuah pengharapan....aku juga sedar, dia sentiasa menyedari yang dirinya serba kekurangan, sentiasa merasakan yang dia tidak layak untuk dicintai, kerana mengharap pada sesuatu yang tidak pasti..kadang kala dia juga mempertikaikan kenapa ini terjadi kepadanya....pesanku hanya satu, kamu harus REDHA tentang ini...pasti ada HIKMAH, kenapa dan mengapa Allah jadikan ianya sebegitu....

Katanya...NEKADnya hanya pada DIA...jadi berdoalah sentiasa pada ALLAH, agar INSAN yang kamu sayangi dan CINTAI itu membuka matanya dan mula sedar yang kamu masih disitu...AMIN
 

No comments:

Post a Comment