Tuesday, November 10, 2009

Pengalaman sepanjang minggu


Assalamualaikum..

Sepanjang minggu yang lalu, terlalu banyak pengalaman yang aku pelajari.. erti hidup berkeluarga dan ikatan silaturahim yang tidak boleh ditukar ganti..Menghadiri majlis pernikahan, persandingan dan majlis bertandang Nahzatul SHima Hj Rosedi & ILham Suardi adalah satu peluang bagi aku....

Pengalaman pertama....bantu membantu dan tolong menolong tu la kunci kepada segala masalah..bak kate pepatah Melayu....Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing...semua ahli keluarga AYah Cu dan Wan Cu bergotong royong bagi memeriahkan majlis Shima..Dorang sudah berkampung di Serdang sejak hari khamis lagi..

Selesai segala majlis beralih pule kepada pengalaman kedua....semua ahli keluarga cuba mengembalikan keadaan rumah Ayah Cu seperti biasa..tapi kata Wan Cu wat ape yang termampu je....seolah2 memahami kepenatan yang dialami oleh semua anggota keluarga...

Begitu sekali keakraban mereka..

Cerita di sebaliknya: Aku terlihat Sinar Bahagia di wajah Shima dan Ilham sewaktu selesai sahaja majlis perkahwinan mereka...Untuk kesekian kalinya aku rasa dorang adalah pasangan paling sporting..Aku cuba untuk mengabadikan photo-photo sepanjang majlis tersebut...tetapi kekangan dan kekurangan aku sebagai jurugambar amatur harus aku akui.....Sebenarnya aku lebih gemar kepada "Nature" berbanding indoor weeding ni tetapi demi minat dalam bidang fotografi aku gagahkan diri aku untuk mencuba..Nak je aku bawak "Pasangan Sporting" ni ke Putrajaya untuk amik gambar OUtdoor sbb tu minat aku tetapi kasihan la plak bila masing2 dalam keletihan.....Akan ku uploadkan beberapa photo yang menjadi pilihan dan ku rasakan terbaik bagi aku untuk tatapan semua...

Tahniah untuk Shima & Ilham..selamat melayari bahtera kehidupan baru..semoga berbahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat..AMIN..

Selepas ni kita nantikan Shima Vs Ilham Junior....
(hahahahaha)

No comments:

Post a Comment