Friday, November 20, 2009

Lelaki itu

Pengalaman menaiki PUTRA LRT sewaktu pulang dari pejabat banyak memberi aku pandangan mengenai LELAKI.....ada ke patut dan layak ke dia di gelar lelaki MACHO tapi xnak bertolak ansur dan memberi ruang kepada seorang perempuan mengandung untuk duduk..sedangkan kerusi yang disediakan didalam PUTRA tuk memang KHAS untuk :
  1. Warga tua..
  2. Orang Kurang Upaya
  3. Perempauan Mengandung
  4. dan yang sewaktu dengannya....
Harapkan saja muka yang hensem tapi hampeh....puas aku dan kekawan minta kakak tu bersabar sebab destinasi kami sama..turun ke Stesen MAsjid JAmek...kami dah kutuk2, gelak2, pandang2 ke dia sebagai signal minta dia bangun tapi langsung x berkesan...Kalau aku yang duduk dah lama aku bagi kakak tu duk kat tempat aku...

Macam tu punya orang pun ada ke?...tak pe la mungkin dia belum berkahwin, cuba bayangkan kalau kena kat bakal isteri dia t..macamana agaknya perasaan dia...
Apapun.........................
Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Jadi lah lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita. Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.


10 sifat calon suami yang baik:
  •  Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Kepada semua lelaki di luar sana....Kehenseman kamu belum tentu dapat memikat hati seorang wanita jika kamu tidak memperlihatkan keprihatinan kamu kepada perkara yang mudah seperti ini...............
Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment