Wednesday, November 25, 2009

Benggang


BAYANGKAN anda terpaksa berdepan individu yang sering marah-marah walaupun puncanya remeh. Apabila sudah marah, ada saja yang tidak kena. Lalu, secara automatik, tersembul macam-macam kata dari mulut si pemarah bagai ledakan meriam!

Rasa marah dimiliki setiap manusia normal. Apa yang menjadi persoalan, bagaimana kita mengawal atau meluahkan kemarahan? Individu yang sering marah tidak tentu pasal ini mungkin mengalami masalah untuk menguruskan emosi marah yang bersarang dalam hati.

Kehidupan mencabar selain faktor persaingan dan stress menjadi antara punca ramai antara kita sukar mengawal emosi.

Kemarahan bukanlah perasaan negatif, namun ia boleh menjadi negatif jika seseorang meluahkan rasa marah melalui kaedah tidak wajar. Contohnya, melakukan kekerasan terhadap diri sendiri atau orang lain serta merosakkan harta benda.

Jika tidak ditangani secara rasional, emosi marah yang tidak melampau boleh melarat kepada perkara lebih buruk hingga menjejaskan kesihatan diri.

yup..setiap orang akan mengalami perasaan marah dan secara peribadi saya juga seorang yang selalu marah2
tapi semuanya bersebab tau..bukan suka2 jer nak marah
dan biler marah,saya akan meluahkan secara perkataan yang x sepatutnya diluahkan
masing-masing ada jalan untuk uruskan kemarahan sebab sesetengah kawan saya suka pendamkan marah atau juga yang jenis ‘cool’ dan tenang..marah tapi xambil kisah sangat
so disini tips untuk kawal/mengurangkan marah
  • Bayangkan atau berangan-angan menyakitkan orang lain dalam minda akan memberi kepuasan kognitif.
  • Melalui perasaan simpati terhadap individu yang menyebabkan kemarahan atau melihat situasi dari perspektif mereka.
  • Menggunakan teknik diversi (pengalihan arah tumpuan) iaitu melakukan sesuatu yang lain sementara menunggu kemarahan reda dan dapat bertindak secara rasional.
  • Melalui intervensi kognitif seperti beranggapan bahawa situasi provokasi itu tidak penting dan tidak membawa apa-apa kesan.
  • Melalui penulisan dengan mencatat mengenai perasaan marah yang dihadapi.
  • Melalui ekspresi kemarahan secara berhikmah seperti mengambil kira aspek menghormati individu yang agresif.

Kini cara terbaru yang saya gunakan untuk mengurangkan rasa kemarahan saya ialah melalui penulisan BLOG ni...kadang2 memang hilang tension dan rasa marah yang saya ade...... malah semakin seronok....

No comments:

Post a Comment