Thursday, November 26, 2009

Muhasabah diri

Kenapa semua ini berlaku...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.



Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang pasangan anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup.....

Bersyukur kepada Allah kerana aku masih diberi kekuatan untuk berkarya dan berfikir biarpun begitu banyak dugaan yang aku hadapi.....biar apa pun yang orang katakan mengenai keburukan tentang diri aku..akan ku ambil sebagai pemangkin untuk jadi lebih TABAH dan SABAR untuk meneruskan kehidupan ini....akan aku jadikan keburukan itu untuk terus berbuat baik kepada semua tapi memikirkan hati yang TERLUKA kerana kata-katanya...Aku tetap seperti dulu, masih berpegang pada satu....Mungkin ada hikmah semua ini berlaku...mungkin ALLAH mahu melihat setabah mana aku menghadapi semua ini....


Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita.
Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu.
Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.
Fikir, renung, timbang dan muhasabah lah diri.

p/s kepada diri sendiri: Jangan TAMAK kerana semua yang ada dimuka bumi ini adalah HAK mutlak ALLAH s.w.t...



No comments:

Post a Comment