Thursday, November 26, 2009

Muhasabah diri

Kenapa semua ini berlaku...

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.



Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang pasangan anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup.....

Bersyukur kepada Allah kerana aku masih diberi kekuatan untuk berkarya dan berfikir biarpun begitu banyak dugaan yang aku hadapi.....biar apa pun yang orang katakan mengenai keburukan tentang diri aku..akan ku ambil sebagai pemangkin untuk jadi lebih TABAH dan SABAR untuk meneruskan kehidupan ini....akan aku jadikan keburukan itu untuk terus berbuat baik kepada semua tapi memikirkan hati yang TERLUKA kerana kata-katanya...Aku tetap seperti dulu, masih berpegang pada satu....Mungkin ada hikmah semua ini berlaku...mungkin ALLAH mahu melihat setabah mana aku menghadapi semua ini....


Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita.
Ingat janji Allah, barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya, maka Allah akan tambah lagi nikmat itu.
Sebaliknya, barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu, maka sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.
Fikir, renung, timbang dan muhasabah lah diri.

p/s kepada diri sendiri: Jangan TAMAK kerana semua yang ada dimuka bumi ini adalah HAK mutlak ALLAH s.w.t...



Wednesday, November 25, 2009

Benggang


BAYANGKAN anda terpaksa berdepan individu yang sering marah-marah walaupun puncanya remeh. Apabila sudah marah, ada saja yang tidak kena. Lalu, secara automatik, tersembul macam-macam kata dari mulut si pemarah bagai ledakan meriam!

Rasa marah dimiliki setiap manusia normal. Apa yang menjadi persoalan, bagaimana kita mengawal atau meluahkan kemarahan? Individu yang sering marah tidak tentu pasal ini mungkin mengalami masalah untuk menguruskan emosi marah yang bersarang dalam hati.

Kehidupan mencabar selain faktor persaingan dan stress menjadi antara punca ramai antara kita sukar mengawal emosi.

Kemarahan bukanlah perasaan negatif, namun ia boleh menjadi negatif jika seseorang meluahkan rasa marah melalui kaedah tidak wajar. Contohnya, melakukan kekerasan terhadap diri sendiri atau orang lain serta merosakkan harta benda.

Jika tidak ditangani secara rasional, emosi marah yang tidak melampau boleh melarat kepada perkara lebih buruk hingga menjejaskan kesihatan diri.

yup..setiap orang akan mengalami perasaan marah dan secara peribadi saya juga seorang yang selalu marah2
tapi semuanya bersebab tau..bukan suka2 jer nak marah
dan biler marah,saya akan meluahkan secara perkataan yang x sepatutnya diluahkan
masing-masing ada jalan untuk uruskan kemarahan sebab sesetengah kawan saya suka pendamkan marah atau juga yang jenis ‘cool’ dan tenang..marah tapi xambil kisah sangat
so disini tips untuk kawal/mengurangkan marah
  • Bayangkan atau berangan-angan menyakitkan orang lain dalam minda akan memberi kepuasan kognitif.
  • Melalui perasaan simpati terhadap individu yang menyebabkan kemarahan atau melihat situasi dari perspektif mereka.
  • Menggunakan teknik diversi (pengalihan arah tumpuan) iaitu melakukan sesuatu yang lain sementara menunggu kemarahan reda dan dapat bertindak secara rasional.
  • Melalui intervensi kognitif seperti beranggapan bahawa situasi provokasi itu tidak penting dan tidak membawa apa-apa kesan.
  • Melalui penulisan dengan mencatat mengenai perasaan marah yang dihadapi.
  • Melalui ekspresi kemarahan secara berhikmah seperti mengambil kira aspek menghormati individu yang agresif.

Kini cara terbaru yang saya gunakan untuk mengurangkan rasa kemarahan saya ialah melalui penulisan BLOG ni...kadang2 memang hilang tension dan rasa marah yang saya ade...... malah semakin seronok....

Friday, November 20, 2009

Lelaki itu

Pengalaman menaiki PUTRA LRT sewaktu pulang dari pejabat banyak memberi aku pandangan mengenai LELAKI.....ada ke patut dan layak ke dia di gelar lelaki MACHO tapi xnak bertolak ansur dan memberi ruang kepada seorang perempuan mengandung untuk duduk..sedangkan kerusi yang disediakan didalam PUTRA tuk memang KHAS untuk :
  1. Warga tua..
  2. Orang Kurang Upaya
  3. Perempauan Mengandung
  4. dan yang sewaktu dengannya....
Harapkan saja muka yang hensem tapi hampeh....puas aku dan kekawan minta kakak tu bersabar sebab destinasi kami sama..turun ke Stesen MAsjid JAmek...kami dah kutuk2, gelak2, pandang2 ke dia sebagai signal minta dia bangun tapi langsung x berkesan...Kalau aku yang duduk dah lama aku bagi kakak tu duk kat tempat aku...

Macam tu punya orang pun ada ke?...tak pe la mungkin dia belum berkahwin, cuba bayangkan kalau kena kat bakal isteri dia t..macamana agaknya perasaan dia...
Apapun.........................
Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Jadi lah lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita. Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.


10 sifat calon suami yang baik:
  •  Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  • Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Kepada semua lelaki di luar sana....Kehenseman kamu belum tentu dapat memikat hati seorang wanita jika kamu tidak memperlihatkan keprihatinan kamu kepada perkara yang mudah seperti ini...............
Wallahu a’lam.

Kuasa Seorang Wanita...

Kuasa Wanita ..

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN
* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain.
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.


KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.


KUASA LAYANAN PEREMPUAN


* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki.

Sebagaimana hadis Rasulullah saw:

"Doa ibu itu lebih cepat makbul."
Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?"
Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis
Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Kepada semua yang bergelar WANITA...hargailah kuasa yang anda miliki....



Wanita ini tetap bertahta di hati ku...kerana dialah RATU HATIKU.....
MAK aku SAYANG kamu...


Thursday, November 19, 2009

Mencari Sahabat Sejati

Cerita yang menarik mengenai betapa sukarnya untuk mencari seorang sahabat sejati. Begitulah ragam manusia, apabila senang ramai manusia akan mengerumuni tapi bila susah sorang pun tak nak dekat.. Huhuhuhuhu… Memang diakui memang sukar untuk mencari sahabat.. Kawan memang ramai tapi dalam banyak-banyak kawan tu belum tentu satu pun yang akan terus menjadi sahabat anda sehingga akhir hayat.. Malahan pasangan anda juga tidak semestinya akan menjadi seorang sahabat..
Dalam mencari sahabat kadang-kadang kita sentiasa ditipu dengan tingkah laku seseorang.. Rakan yang disangka sahabat sanggup menikam kita tatkala kepercayaan diberi manakala rakan yang disangka musuh sanggup menghulurkan bantuan.. Memang dunia ni penuh dengan keunikan.. Setiap insan memiliki personaliti yang berbeza..
Akan berjumpakah saya dengan sahabat sejati?? Adakah ianya masih wujud di alam maya ini atau mungkin saya terlepas pandang dan tidak tahu menilai sahabat.. Mungkinkah saya agak cerewet dalam memilih sahabat??



Adakah kamu sudi menjadi sahabat saya....

Belum bertemu JODOH....

Mengapa kita lambat bertemu jodoh?

Menurut satu artikel yang saya baca, ada 6 faktor mengapa kita masih tidak bertemu jodoh. Berikut ini saya kongsikan artikel tersebut. Semoga ada manfaat.

Usaha sudah dibuat tapi mengapa masih ada yang tidak bertemu jodoh?
Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu jodoh ini mungkin disebabkan:

1. Usaha Belum Sempurna

“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’.

Saya bertanya kepada seorang ulama, ‘Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?’ Dia jawab begini, ‘Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali.’ Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.

2. Belum Benar-benar Bersedia

“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam jadi jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana.

3. Tiada Daya Penarik

“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati.

Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang.

“Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.

4. Doa Tidak Makbul

“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang.

5. Restu Ibu Bapa Belum Total

“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6. Faktor Metafizikal

“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.

Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.

Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”....

Hahahahahaha.....pening aku...aku pening...

Wednesday, November 18, 2009

Dari kasih seorang GURU..


Kasih seorang guru terlalu besar ertinya dalam hidup aku..

Dari bergelar seorang guru mereka kini menjadi sebahagian dari kehidupan aku..banyak yang aku pelajari dari mereka, erti kematangan dan erti kasih sayang..nampak mudah tapi itulah yang dikatakan sebagai pengorbanan...x termampu untuk aku membalasnya.....

Kasih aku pada mereka tetap sama biar apapun yang berlaku..aku harap mereka jua begitu..


Terima kasih guru yang mengajarku erti hidup
Terima kasih guru yang mengajarku mengenal diri

Jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ini...

Mama dan Babah doakan kejayaan anak mu...

SAHABAT



Ditujukan untuk semua yang ku SAYANG (Sahabat)

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa.....
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian,
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.

Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita.....
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.....

Sebagai kekuatan.....
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.....Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.....Kita tidak tahu.
Tetapi..... jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.....

RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.....


Terima kasih SAHABAT...

Tuesday, November 17, 2009

Bersatu jua akhirnya..











Majlis Perkahwinan Norazlin & Khairi...

Belum terlambat untuk aku mengucapkan SElamat Pengantin Baru..

Miss so MUch..


A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love
Purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there
Back where I'd love to be, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you
Is to hold her when I'm not around
When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again, oh no
Once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps
And all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around,
When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
When hope begins to fade...

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love
Hope is hard to find

Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around,
When I'm much too far away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Tuesday, November 10, 2009

Sambungan Gadis Ayu...


Salam..semalam aku ade bercerita tentang seorang gadis ayu yang kuat MAKAN...percaya atau tidak itu adalah realiti yang sebenarnya...Selain dari CHEESE...SUP adalah kegemaranya..x kira la sup ape...kalu makan nasi mesti nak berkuah...

Dua hari yang lepas dalam perjalanan balik ke rumah di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi kami semua singgah makan di Warong Dusun..Istimewa resepi kat situ adalah SuP Gear Box...aku x pernah try tapi kalau makan kat sana Sup Tulang kami x pernah MISS....tu yang Alisya suka...

Ini adalah sebagai bukti Gadis Ayu kuat makan...

Pengalaman sepanjang minggu


Assalamualaikum..

Sepanjang minggu yang lalu, terlalu banyak pengalaman yang aku pelajari.. erti hidup berkeluarga dan ikatan silaturahim yang tidak boleh ditukar ganti..Menghadiri majlis pernikahan, persandingan dan majlis bertandang Nahzatul SHima Hj Rosedi & ILham Suardi adalah satu peluang bagi aku....

Pengalaman pertama....bantu membantu dan tolong menolong tu la kunci kepada segala masalah..bak kate pepatah Melayu....Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing...semua ahli keluarga AYah Cu dan Wan Cu bergotong royong bagi memeriahkan majlis Shima..Dorang sudah berkampung di Serdang sejak hari khamis lagi..

Selesai segala majlis beralih pule kepada pengalaman kedua....semua ahli keluarga cuba mengembalikan keadaan rumah Ayah Cu seperti biasa..tapi kata Wan Cu wat ape yang termampu je....seolah2 memahami kepenatan yang dialami oleh semua anggota keluarga...

Begitu sekali keakraban mereka..

Cerita di sebaliknya: Aku terlihat Sinar Bahagia di wajah Shima dan Ilham sewaktu selesai sahaja majlis perkahwinan mereka...Untuk kesekian kalinya aku rasa dorang adalah pasangan paling sporting..Aku cuba untuk mengabadikan photo-photo sepanjang majlis tersebut...tetapi kekangan dan kekurangan aku sebagai jurugambar amatur harus aku akui.....Sebenarnya aku lebih gemar kepada "Nature" berbanding indoor weeding ni tetapi demi minat dalam bidang fotografi aku gagahkan diri aku untuk mencuba..Nak je aku bawak "Pasangan Sporting" ni ke Putrajaya untuk amik gambar OUtdoor sbb tu minat aku tetapi kasihan la plak bila masing2 dalam keletihan.....Akan ku uploadkan beberapa photo yang menjadi pilihan dan ku rasakan terbaik bagi aku untuk tatapan semua...

Tahniah untuk Shima & Ilham..selamat melayari bahtera kehidupan baru..semoga berbahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat..AMIN..

Selepas ni kita nantikan Shima Vs Ilham Junior....
(hahahahaha)

Monday, November 9, 2009

Gadis Ayu..


Gadis ini terlalu banyak keistimewaannya..Nur Alisya Imane..mungkin dia dilahirkan untuk mudah menerima..kadang2 kala keletahnya membangkitkan pelbagai rase.....Senyum tanpa di duga..menangis tanpa di pinta...Layan dan terus melayan..perangainya tu la yang sentiasa membuat aku dan keluarga bertambah sayang kepadanya..

Tapi siapa sangka di sebalik senyuman manis dan ke"buntang"an matanya dia seorang yang KUAT MAKAN...hahahahaha..
kalau ajak makan cepat je..dan yang paling mudah baginya adalah CHEESE...

Harap2 besar t xde lah dia gemuk sangat....hahahahahahaha
Macamana la rupa dia menginjak dewasa t..

TUNGGU!!!!!!!!................

Friday, November 6, 2009

Ready to Another SNAP....


Ade orang nak bernikah hari ini...Aku doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar..
Buat Nahzatul Shima dan Idham..Semoga berbahagia...Ikatan yang bakal terjalin pasti diberkati ALLAH hendaknya...

Aku dah ready nak SNAPx2...hahahaha..
Tentu meriah dah la Shima satu-satunya anak perempuan Wan Cu...

Thursday, November 5, 2009

Rindu mula berbisik...

Aku teringin pulang menemui mereka tetapi kekangan masa dan tenaga membatasi aku untuk ke sana(Kampung Halamanku)..YA ALLAH kau berkatilah hidup mereka...berikan lah aku kekuatan agar tabah menghadapi semua ini.....
Ayah mula bersuara..*****aku dah lama x balik menjenguknya*****
itu bererti aku diperlukan dan aku harus segera pulang..MAK n AYAH doakan kerjaya anakmu diberkati selalu..AMIN

Hadiah terindah..

MUhammad AZIB bin NORAZIZI..Selamat dilahirkan pada 8 September 2009..tepat seperti dalam jangkaan..kelahirannya adalah merupakan satu rahmat dan hadiah yang terindah sepanjang aku berusia 29 tahun ini..

Dalam Kekusutan


Biarpun dalam kekusutan sedang melanda..aku x fikir semua tu..
Terima kasih kepada seorang teman yang banyak memberi ruang dan pandangan untuk pembinaan BLOG ini..yang pasti inilah AKU..