Monday, March 8, 2010

Selamat Hari Wanita buat MAK..

Terima kasih Mak Sebab Jadi Mak Aku

Terima kasih sebab mak menjadi mak aku. Aku bersyukur kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana Allah jadikan mak sebagai mak aku. Tidak ada wanita lain yang mampu menggantikan mak di sisi ku. Emak adalah mak aku selama-lamanya.

Walaupun aku bukanlah anak mak yang terbaik. Mak adalah mak yang terbaik buat aku. Siapalah aku, kalau mak tidak mendidik aku menjadi insan berguna seperti hari ini. Telah banyak yang mak korbankan buat aku. Tidak ternilai dan terhitung.

Sesungguhnya kekuatan dan ketabahan mak akan terus menjadi sumber inspirasiku untuk terus mengharungi segala cabaran dan onak duri kehidupan. Setiap kali aku rindukan mak, aku mohon Allah melindungi kehidupan mak dikampung..


Apa-apapun maafkan aku mak, kerana tidak tahu mengungkapkan segala-galanya tentang segala jasa mak. Yang pasti, aku amat berterima kasih pada setiap pengorbanan mak.

Terima kasih di atas segala-galanya mak. Semoga kita sekeluarga akan berbahagia sehingga ke akhirnya biarpun bapak dah xde dengan kita....



***ORANG SAYANG MAK...
pas ni orang akan cuba luangkan lebih masa dengan MAK..orang ade cuti t orang balik kg g tgk MAK...MAK tgu orang tau,t kita makan sama..

2 comments: