Friday, March 26, 2010

Hidup itu indah

Hari nie dah masuk hari ke 27 dalam bulan MAC 2010. Tinggal 6 bulan lagi, meningkat setahun lagi umur aku. Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 11 malam. Di kala ramai rakan-rakan sedang seronok menonton televisyen berwarna, aku pula sedang menghadap laptop mencari idea untuk blog aku agar ianya tidak membosankan...



Bagi aku BLOG ini umpama diari harian yang bukan satu RAHSIA...seseorang telah menasihatkan aku,

Katanya di Facebook = "KPI adalah Kita Punya Inisiatif"

Ternyata dia dah membuka minda aku...jutaan kredit aku berikan pada dia...

Begitu ramai sekali rakan-rakan di FB yang menyambut hari lahir mereka pada bulan ini..sama ada dah lepas ke belum aku nak ucapkan "Selamat Hari Lahir" semua...tiada hadiah istimewa, hanya doa agar kalian dirahmati Allah sentiasa...AMIN..




Bagi aku UMUR hanyalah angka yang membezakan antara kita...bagaimana kita merasai nikmat kehidupan itu sebenarnya  bergantung kepada diri kita sendiri.....

Mak Yati kata..."neway,thanks sudi spend time 2gether and have a nice wekend"...sekejap je aku rasa tadi tp seronok tu kot yang dikatakan keindahan....

Mesej lain yang ku terima dari seorang teman.......

 "hidup x selalu indah, ARghh...yang penting ikhlas walaupun hati berserah"..perlukah begitu..

Mungkin belum tiba masanya untuk dia berkata YA kepada diri dia sendiri dan TIDAK kepada orang lain...

Terima Kasih Allah kerana berikan aku hari yang indah....keindahan tu aku kongsikan bersama mereka..

***aku berjaya menghabiskan hari ini dengan indah biarpun tanpa aku sedari aku mungkin telah melukakan hati seseorang....Untuk DIA..."sampai bila nak macam ni"...kami juga sayang kamu...ingat tu je...



aku,

No comments:

Post a Comment