Salam mesra...
*******************************************************************************
Tahniah buat NORYN n JOE di atas pertunangan kalian, semoga ALLAH merestui ikatan ini sehingga ke gerbang perkahwinan dan kekal sehingga ke akhir hayat...AMIN
aku,
Orang kata cinta pada pandangan pertama tu memaglah agak sukar dilupakan? hendak-hendak bila saat kita tidak menatap wajahnya yang hensem lagi gantang..waduh bisa gitu kok?? hik..hik..lawak betulla aku hari ni..dan kadang-kala juga mandi pun tak basah?? adeh camna mandi boleh tak basah sayang oii ni sah-sah si pecinta memang tak mandi ni. Paling kurang pun dia cuma basuhkan air dimuka dan gosok gigi sahaja kot..huuhu..last tu terus siap-siap nak ke pejabat. Hah, tulah salah satu ayat penangan didalam sesebuah percinta yang selalunya kita dengar..
Tapi ada juga yang sebilangan dari kita apabila dia mencintai seseorang dia akan selalu menyanjungi sikap kekasih hatinya itu. Cuba buat yang terbaik dalam hubungan yang sedia terjalin itu. Wujudkan keserasian antara satu sama lain, saling menjaga hati pasangan dan sebagainya..Eh, benar ke peraturan bercinta memang ada garis panduanya yang sebegitu rupa?? sampaikan apa yang dibuat oleh pasangannya semunya indah belaka.?? Tapi harap-harap masa dah berkahwin nanti kekalkanlah sikap anda tu yer.
(nasihat untuk diri sendiri gak ni sebenarnya...hahahaha..kawin dorg cakap mc2 dugaan)
Tahukah anda sedar atau tidak anda sebenarnya memang dalam kelemasan dalam mencintai dia si dia.
Okey..okey..
Jom kita semak 5 alasan mengapa kita atau anda mencintai pasangan anda secara semulajadi..
Syaratnye, cinta tu tidak boleh dipaksa tau!
Anda mencintai si dia bukan kerana siapa dirinya. Akan tetapi siapa diri kamu apabila kamu berada disampingnya. Pada waktu tersebut tiada yang mencintai diri kamu melainkan hanya si dia sahaja yang bertapak di sanubarimu. Seperti kata orang lebih baik kita bersama pada orang yang tahu menghargai perasaan kita dari orang yang tidak tahu menilai langsung erti sesebuh percintaan yang ikhlas dan setia.
Si dia sudah semestinya akan selalu peka dengan keadaan dirimu dalam segala aspek kehidupan dan si dia juga tahu bagaimanakah caranya untuk memujuk kamu dikala rajuk mula bertemu dihati sudah pasti saat itu amat romantis sekali.
Saat yang paling mengharukan takala si dia sanggup berada disamping kamu disaat kamu sakit, gagal, ceria ataupun berduka lara si dia akan sentiasa berada berhampiran denganmu. Dan tidak akan sesekali dia akan cuba melupakanmu. Eleh, bak kata kumpulan Radja..aku takan melupakanmu..hehe..
Mungkin juga seseorang yang menghargai kamu tahu bagaimana mahu mengambil hati kamu. Malah sudah semestinya si dia juga berupaya untuk membuatkan hati kamu cukup bahagia apabila bersama dengannya.
*******************************************************************************
Tahniah buat NORYN n JOE di atas pertunangan kalian, semoga ALLAH merestui ikatan ini sehingga ke gerbang perkahwinan dan kekal sehingga ke akhir hayat...AMIN
aku,
No comments:
Post a Comment