Friday, December 17, 2010

DEMAM...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sumer..

Sorry la aku sibuk sikit....Erm...sori juga sebab smlm aku tak dapat tulis entri baru.. Aku tak demam, aku tak juga batuk macam dulu2...aku dah ok cuma aku lepak kat umah dengan MAK dan adik2 yang datang dari KAMPUNG...aku just nak share pasal DENGGI dan KHASIAT sup KETAM....bukan apa...ada seorang kawan kat opis aku ni SUSPEK DENGGI...jadi aku gunakan kesempatan ini tuk sharing maklumat di FACEBOOK aku...

Aidah Kasri :: 

DENGGI dan khasiat SUP KETAM ....betul ada kesinambungan?....BERKESANkah?......perkongsian idea dan pengalaman anda...... 

 

Ini pula antara maklumat yang aku perolehi dari INTERNET::

Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).


Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Sup ketam penawar denggi?

Ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.




Mungkin tu je yang aku leh kongsikan....nanti klau dah banyak komen yang aku dapat dr FB aku....aku share kan balik k....

Wednesday, December 15, 2010

Bila BuLan MengambanG~~JIWA KACAU

Aku bukan nak CITER pasal BULAN mengambang....
Tapi aku saja nak COOL kan hati sendiri..


Insiden SEMALAM bikin aku kecik ati sangat-sangat. 
Aku terasa gila dengan statement seorang teman terhadap aku....
takpe la..
MUNGKIN sebab dia sayang kat aku dia cakap macam tu....
Mungkin dia pun tak sengaja...
Apapun aku tetap HARUS berterima kasih kat dia...


CINTA~~~

**sukar dimengerti**


Mungkin HATI harus nekad untuk terus BEGINI..
Aku memilih untuk BIARkan dia....
Ada kalanya HATI tak pernah nak STABIL....
Ada je pasang surut...ada je perubahan....
Aku sendiri tak tahu kenapa cepat sangat hati jadi sentap. 
Ikutkan rasa nak MARAH je dia, tapi aku rasa tak guna.... 
Tapi setakat ini, aku masih boleh kontrol emosi aku.
Kalau aku marah, aku akan pastikan aku duduk diam layan BLOG...
Idamkan sesuatu untuk diri sendiri dan MYCINTADSLR....

Dan aku tahu ALLAH yang menentukan segalanya..

orang kata cinta itu INDAH!!

Kalau itu sudah takdir yang tersurat..
Aku terima dengan hati yang redha... 
Mungkin itu yang terbaik Kau sediakan buatku..
Aku terima, Ya Tuhan.. Aku pasrah..

~mungkin akan KEKAL begini~

Wednesday, December 8, 2010

Luahkan saja!!!!

Feeling korang saat ini.. Aku ni ada masa plak nak tanya - tanya feeling orang lain ek, sedangkan feeling diri sendiri pun aku tak tahu camner..**senyum sorang-sorang...

Mana tidaknya kan sekarang nie musim orang kawen and tukar status kan.?? Yea la dari "single" jadi "in a relationship", "in a relationship" plak bertukar jadi " married" .....seronok lihat segala perubahan tu....aku plak ntah bila.....(sedang pujuk diri sendiri untuk bersabar)






Sudah² berbalik kepada tajuk entry yea.. Luahkan saja apa yang korang rasa saat ini....

Sila!! sila!!! 

Aku tahu korang pun ada gak yang tengah JIWA KACAU~~ hati berbagi-bagi tuk luahkan segalanya...

Tak perlu lagi nak sorok² perasaan yang terpendam tue sebab  kalau tak diluahkan takde siapa tahu and confirm la takkan dapat punya apa yang korang nak.. Betulkan..??


Sekarang ni kan zaman MODEN::biarpun masih berpegang kepada adat-adat ketimuran...Tak salah rasanya jika si gadis atau si bujang yang mulakan dulu segalanya.....yang penting luahkan jerk segala rasa.. Mana tahu kot² apa yang korang rasa tue sama dengan "si dia".....pasti indah jika itu yang berlaku!!!



Pertahankanlah rasa CINTA tu selagi ada..Mungkin disebabkan oleh BENIH-BENIH cinta dan kesabaran yang ada akan buat korang gembira dan peroleh BAHAGIA..tetapkan lah hati korang disitu demi dia tanpa RAGU.......



Monday, December 6, 2010

Bila Hati Dah MATI!!!!


Bukan nak balas dendam sebab tak update berapa hari..
 
Tapi memang kewarasan aku agak terjejas, rimas dengan keadaan dan mood yang adakalanya stabil dan adakalanya tak berapa nak stabil... sedang cuba pulihkan mood aku kembali kepada asal...

Dia kata dia SAYANG aku....dan mereka yang dekat dengan aku tapi....entahlah???...aku sendiri tak nampak dimananya SAYANG tu...



"MAAF aku terpaksa beritahu yang HATI AKU DAH MATI::mati nak dengar dan lihat apa yang berlaku...."


Bagi aku.....aku tetap akan jadi aku...begitu juga mereka...cuma pesanan dan peringatan, jangan sampai kau HILANG kami....



~Mungkin sayang tu bukan MILIK kami~



**mode::mencari kembali RASA hati::

Sunday, December 5, 2010

mungkinkah AKU harus DIAM...

Inilah sebenarnya...
Apa yang aku nak beritahu!!!

Terlalu banyak persoalan...

Apa salah saya??


** DIAM **

.
.


AWAK??


.
.

** DIAM **

.
.


Kenapa agaknya semua ni terjadi??

.
.

** DIAM **

.
.


Awak??
Ok. Faham! tak mahu diganggu...
Orang akui orang salah tp orang  xda daya. 
Ditelan mati mak, diluah mati bapak
.
.
.
.
.
** DIAM **

AKU TETAP MEMILIH UNTUK DIAM

Saturday, December 4, 2010

Tiada lagi ALASAN!!!


Aku dah MUAK!!

ALASAN demi ALASAN..

Kau tetap SAMA..

DEGIL!!!

Aku tak kisah, mungkin itu cara kau....


Aku tidak suka orang beri alasan. Jadi, aku juga berusaha untuk tidak  beri alasan. Walaupun aku punya alasan yang kukuh, aku tidak akan cakap......PILIHAN aku adalah DIAM... Kerana ia tidak akan menyakitkan orang yang terpaksa mendengar alasan aku. Itu zalim.


Bagi aku mudah sahaja untuk tidak memberikan alasan. Mengaku salah – cukup – noktah.


Wednesday, December 1, 2010

One sweet day....

Sorry, I never told you, all I wanted to say.
Now it's too late to hold you. '
Cause you've flown away, so far away.

Never, Had I imagined, yeah, living without your smile.

Feelin' and knowing you hear me.
It keeps me alive. Alive!

And I know you're shining down on me from Heaven,

Like so many friends we've lost along the way,
And I know eventually we'll be together.
One sweet day.


Darling, I never showed you.

Assumed you'd always be there.
I took your presence for granted.
But I always cared
And I miss the love we shared.

And I know you're shining down on me from Heaven.

Like so many friends we've lost along the way.
And I know eventually we'll be together.
One sweet day.


Although, the sun will never shine the same, I'll

always look to a brighter day.

Yeah, Lord, I know, when I lay me down to sleep,

You'll always listen, as I pray!

And I know you're shining down on me from Heaven,

Like so many friends we've lost along the way,
And I know eventually we'll be together.
One sweet day.

And I know you're shining down on me from Heaven,

Like so many friends we've lost along the way,
And I know eventually we'll be together.
One sweet day.

Sorry, I Never told you, all I wanted to say





Kenapa ni....Entah lah... Aku tanya dan aku sendiri dah tak ada jawapan.....terasa ingin kembali  bercinta, dengan harapan datang balik semangat nak menulis. Kalau tak... BLOG akan KAKU!!!

Hahaha... Memang aku bercinta. Ada masalah? Kalau aku bercinta tak boleh beritahu kat semua orang ke? Kenapa pula tak boleh? Tak suka sebab aku bercinta dengan 'dia' dan  orang lain langsung tak suka dengan 'dia'? Apa salahnya aku bercinta? Salah ke aku bercinta dengan 'KERINDUAN'???

 
Ok, fine! Tolong bagi idea pada aku nak buat apa supaya 'dia' ni pergi?gler!!! aku memang dah hampir Giler!!! sebab aku sangat RINDUkan DIA.....