Monday, March 1, 2010

Kasihnya...

Salam..dah 5 hari aku x online FB rupanya.tangan ni dah meminta2 untuk mengetuk komputer peribadi aku sendiri. .hurm...kekadang terasa gak rindu nak tgk apa cter terbaru kekawan aku...tapi aku x kisah...aku balik kampung dengan niat nak habiskan masa dengan BAPAK (panggilan untuk ayah aku...aku tau ada yang korang panggil ayah,babah,papa, daddy,walid dan sebagainya..)aku mulakan notes ni dikala jam menunjukkan jam tepat pukul 12.30 malam...aku sampai dari kampung tadi kul 11.45malam..aku rasa cuti yang xmacam cuti...tapi aku rasa berbaloi sebab aku berpeluang berbuat demikian demi Bapak aku...

Bapak semakin uzur...patutla hati memanggil untuk balik ke kampung biarpun kawan2 banyak minta menghabiskan masa cuti bersama mereka(JOM HEBOH katanya tu belum g yg ajak g tegok wayang)..aduh...aku nekad balik juga..sampai je kat umah..MAK mengadu..BAPAK dah xleh berjalan langsung...dengan kudrat tulang 4 kerat mak dah x mampu nak kendong bapak klau dia nak uruskan diri dia....dengan saiz badan mak aku tau mak memang x mampu...tapi demi kasih mak tehadap suaminya dia sanggup buat apa sahaja biarpun kekadang bapak seolah2 meninggikan suara..mak tetap melayan kerenak bapak..yang paling sedih bapak langsung xnak berenggang dengan mak...minta mak duduk disampingnya setiap masa..

 
"picitlah...sakit2 semua ni"...mak tetap picit biarpun sehingga tersengguk2 menahan ngantuk...bila nak mandi kami kena angkat bapak..dengan kerusi yang beroda kami jadikan nya sebagai WHEEL CHAIR...patutlah mak ade cakap "klau ade kerusi roda senang skit kot"...jarang mak nak meminta2 dengan anak2nya..tapi aku tau..mungkin dia malu dan yang paling penting dia xnak menyusahkan anak2 nya...mcam tu sekali mak dengan kami semua..aku terus menghubung abang aku..agar hasrat mak segera disempurnakan...Alhamdulillah..senang skit kerja mak lepas ni..xyah nak angkat bapak...terimaksh kepada saudara kandungku (utih) yang memberikan WC tu tok mak..



BAPAK..dialah satu2nya lelaki yang aku bangga kan..aku sayang banget dengan dia..dialah WIRA di hatiku..tapi bila tengok keadaan dia sekarang aku xsangka dia lah bapak aku...30 tahun yang lalu masa aku masih kecik bapak cukup bertegas dengan anak2nya..termasuklah aku...biarpun sebagai anak perempuan aku dilatih untu selalu berdikari tanpa mengharapkan bantuan org lain..bapak membesarkan kami semua 12 beradik tanpa sedikit pun kekurangan...hanya berbekalkan tenaga dan tanpa pendidikan yang tinggi bapak berjaya mendidik kami menjadi manusia...tenaga nya habis hanya untuk kami..siapa sangka aku dah menghabiskan masa selama 30tahun dengan bapak aku...bukan singkat kan...bapak kini makan minum bersuap,kencing berak kami uruskan,hanya terlantar di katil kesayangannya...xmampu lagi nak berjalan apatah lagi menguruskan diri sendiri..nak bercakap pun kami perlu dengar dengan teliti baru lah kami faham apa yang bapak maksudkan...bila dia nak itu dan ini...selera bapak semakin susut..tu yang membuatkan dia kehilangan semua tenaganya..makan hanya sesuap...minum susu xmampu nak cover balik tenaga yang hilang...aku tau bapak perlu dapatkan rawatan dihospital tapi bapak dah cakap...bapak xnak dibawak ke hospital...biar kat umah je...

Sedihkan dah macam satu permintaan plak...

 
Sepanjang 4 hari kat kg..tu ni yang dia nak..xpelah..bukan selalu pun dia minta tu dan ni...aku mencarikan apa yang aku termampu...apa yang dia teringin nak makan..teringin nak minum...belikan je...sempat juga bantu2 mak uruskan bapak..sehingga kekadang aku terlena disamping dia..semalam aku belikan loceng untuk memudahkan bapak untuk panggil mak..ye la kekadang mak xdapat nak selalu duk kat tepi dia...baru2 dia susah nak terima..tapi pg td dia mula menggunakan loceng tu bila xde sape yang dengar suara dia..aku berat nak balik KL tapi aku tau bapak pun xnak aku habiskan masa dkt dia..(dia tau aku keje..yang paling best aku penah kena kena halau balik KL sebab dia kata aku ponteng keje duk kg..walhal aku cuti..hurm mcm tu sekali bapak..dia nak aku jadi org dan keje betul2 jgn main2 katanya..)..

sayangnya dia pada anak2 dia..hanya kami yang tau....mungkin aku dan yang lain perlukan peruntukkan lebih masa tuk dia...terima kasih pada mak yang kini menghabiskan masa terus bersama bapak...BAPAK...maafkan aku kalau aku gagal menjadi anak yang baik buat bapak selama ni...aku akan doakan bapak terus sihat..demi mak demi kami semua(anak2 bapak)...jangan tinggalkan kami disaat2 kami belum puas bersama bapak...berilah kami peluang itu....

 
***pesanan tuk semua****

Gunakan peluang yang ada selagi masih ade org tua...mungkin satu saat t kita kena redha bila mereka pergi meninggalkan kita....aku selalu pesan kat diri sendiri..klau bapak kita boleh habiskan seluruh tenaga dan masanya demi kita..kenapa kita xleh bebuat benda yang sma...aku gemar mengambil gambar tapi aku xmampu nak rakamkan keaadaan bapak saat ini...terlalu gering...hanya tinggal tulang...cian kan bapak...

BAPAK..kalau xde apa2 minggu depan orang balik g..bapak doakan orang k...sayang bapak..
(pesanan bapak yang masa aku nak balik td:bawak kereta bebaik..doakn2 bapak..kirimsalam semua)

                                                    keadaan bapak dah jauh bebeza...

Wednesday, February 24, 2010

Tak Perlu Ada BENCI

Langkah-langkah hidup akan menemukan kita dengan persinggahan yang pelbagai. Setiap persinggahan pula akan melakarkan kenangan yang akan ditinggalkan. Hidupkan kenangan-kenangan itu sebagai pengajaran di masa mendatang.

Setiap persinggahan akan berbeza ceritanya, berlainan plotnya. Ada kisah gembira dan akan ada kisah gulana. Namun kalau ketemu insan-insan yang menyeksa kehidupan, belajarlah untuk tidak menyalakan api kebencian.

Bagaimana? Fikirkan begini…setiap yang Allah ciptakan tiada satu pun yang sia-sia melainkan kita yang selalu mensia-siakan kurnian Allah. Segalanya dengan hikmah yang terahsia. Hikmah itu yang perlu dicari dan digali.

***aku amat berpegang pada yang 1 ni(ada hikmah atas setiap yang berlaku)***
pesan dr seorang guru (PN INTAN ZULINA HASHIM-rindunya aku pada dia)bilalah agaknya aku boleh berjumpa dengan dia kembali..aku nak sangat jumpa dia...setelah bertahun2, kali terakhir pertemuan dengan nya mungkin sewaktu di hari persandingan dia..CIKGU terima kasih atas segalanya(nasihat dan perangsang  untuk aku terus maju..)

Ingatlah segala yang ada disekeliling kita adalah sesuatu yang Allah kirimkan sebagai rahmat, tapi sekadar pinjaman sementara yang akan pergi pada bila-bila masa. Ada insan yang Allah kirimkan agar menjadi orang yang membantu segala sesuatu. Ada insan yang Allah hantar untuk memberikan ilmu, mengajarkan makna hidup, paling tidak pun menjadi teman-teman agar hidup ini tidak membosankan.

****terima kasih teman sebab kamulah yang menceriakan hari2 aku disamping kamu*****
(teman sekolah,teman sepoli,teman sekerja,teman berchatting,teman bertwit,teman berskype.semua la)

Cuma, versinya berbeza kerana subjek kehidupan bukan seperti kuliah yang ada peperiksaan dihujung semester. Makna hidup perlukan pengalaman, penilaiannya setiap saat dan hasil ujiannya hanya ada di Mahsyar.

****klau hari2 kena periksa habisla mesti GAGAL****

Pasti pernah ada ketika hadir manusia-manusia yang sengaja menyakitkan. Datang membawa seribu satu beban dan kemarahan. Berbicara dengan lidah melukakan hingga memberi tekanan dan kadang-kadang menyebabkan air mata berlinangan. Andai datang saat ini, belajarlah bersabar. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar. Memang dia dikirimkan untuk menguji kesabaranmu.

****orang2 macam ni memang ade dimana,hanya dengan berbekalkan kesabaran la aku masih aku***


 
Redhakanlah hati bahawa diri ini bukanlah insan yang sempurna jadi mengapa mengharap semua orang yang ada dalam hidup kita ini adalah baik-baik belaka. Berikanlah kemaafan atas kesilapannya kerana dia juga insan sepertimu yang sedang mencari makna kehidupan. Mungkin dia khilaf kerana dia tidak tahu. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Sesungguhnya dengan memberi kemaafan engkau meringankan beban mu sendiri. Jika terasa terlalu payah maka titipkanlah namanya dalam bait doa-doamu. Agar kebencian dihatinya pudar bertukar kasih.

****amin moga doa2ku diterima DIA****

Janganlah tatkala berhadapan dengan insan seperti ini, kau lawan dengan api kebencian, tiada siapa yang akan menang. Kelak akan membawa kepada permusuhan yang panjang.Janganlah hati nan sekeping ini dicemari rasa benci. Diri sendiri yang akan rugi. Bukankah nabi pernah berpesan; “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti mana ia mencintai dirinya” (riwayat Bukahri dan Muslim)

****moga kemaafan itu hadir setiapkali perasaan benci itu mula bertaut dihati..***
Kesimpulannya, didiklah hati, jangan hidupkan perasaan benci..SAYANGILAH dia biar siapa pun dia dihatimu...

KPI Keikhlasan...

KEIKHLASAN...

Apa itu IKHLAS? Bagaimana kita mahu tahu itu IKHLAS @ TIDAK ??

Sesungguhnya sebagai makhluk Allah yg hina-dina, kita tidak layak untuk menilai orang lain kerana 1 jari menunjuk ke arah bertentangan ada 4 jari lagi yg akan menunding ke arah kita semula. Namun jika penilaian itu IKHLAS untuk penambahbaikan kenapa tidak???

Aku lagi suka diri ku di nilai oleh kawan2...dengan syarat, penilaian itu biarla kena pada tempatnya..dinilai dlm suasana yg baik... Ini kalo nak nilai aku depan org ramai, itu bukan untuk penambahbaikan sebaliknya penghinaan semata2 ! Justeru, jika korang IKHLAS menilai aku untuk kebaikan nescaya akan ELOK la hasilnya...namun jika korang TIDAK IKHLAS menilai aku maka hasilnya adalah sebaliknya...

             *****kamu semua bertakhta dihatiku......*****

Bagaimana KPI Keikhlasan? Adakah diukur menggunakan METER, LITER, atau sebagainya???

KEIKHLASAN TIADA KAYU PENGUKUR (KPI)... kita hanya boleh menilai IKHLAS @ TIDAK melalui HASIL kerja/perbuatan tersebut...hasil kerja yang dilakukan dengan KEIKHLASAN adalah berbeza dengan hasil kerja yang dilakukan TANPA KEIKHLASAN...

Persahabatan yang IKHLAS & TIDAK IKHLAS juga berbeza HASILnya..Dalam kehidupan ini kita memerlukan sahabat/teman/kawan sebagai pengganti keluarga kita yang berada jauh dari sisi. Sahabat yang IKHLAS berkawan dengan kita sentiasa diredai hubungan tersebut walaupun kita tidak menyukai hubungan tersebut. Malah, hubungan tersebut akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA... Sebaliknya, hubungan TANPA KEIKHLASAN akan dijauhkan olehNYA tanpa kita sedari...Meraunglah, menangislah sekuat hati..tiada gunanya jika sudah ditentukan 'dia' bukan milik kita..

* Sahabatku... aku mohon maaf atas segala kekasaran tutur kata dan tingkah laku ku selama ini... INI LAH AKU.. aku tidak mampu untuk menjadi orang lain kerana aku menghormati PERSAHABATAN ini... AKU IKHLAS DENGAN PERSAHABATAN INI ! TERIMA LAH AKU SEADANYA...

*****aku begitu bersyukur sebab aku punya kamu disisi*****     

         *****kamu selalu mencerikan hari2 ku di pejabat.*****
 
Setelah ku baca dan ku fahami rupanya mereka membincangkan isu tentang keikhlasan,sahabat dan kasihsayang dalam perhubungan... bagi aku topik ini sangat menarik perhatian aku...sebab orang selalu mempertikaikan keikhlasan yang aku lakukan dalam persahabatan...wajarkah dia menilai aku sedangkan kami jarang berjumpa, berbual dan bercerita..hanya dengan sekali sekala tapi mampu membuat kesimpulan mengenai aku tanpa mengenali aku sepenuhnya...Tak kisah la...apa komen dia..yang penting aku nak jadi aku dan aku nak bahagiakan semua orang yang ade disekeliling aku...Allah Kau bantu lah aku menghadapi semuanya...

Tuesday, February 23, 2010

Stabilkah aku dan NORHAYATI BINTI NORDIN

aku rasa mula merasa ketidakstabilan dalam diri aku ketika ini...perut mula berbunyi keroncong apabila jam menunjukkan 12.30tghari...minda dah xleh nak fokus tuk siapkan report....aku memang dah lapar gler tahan GABAN ni...hurm tahan la sekejap je sebelum kul 1 ni...mungkin dgn notes ni aku leh lupakan kejap tahap kelaparan aku...

tema hari ni kat opis aku ayat2 tahap "bombastic" yang boleh dikeluarkan oleh semua kekawan "1GENG"...macam kelakar pun ade gak bila tetiba kami semua yang gler2 tetiba jadi serius sebab nak tgk sape paling GEMPAK...hurm..masing2 mula mmberi komen yang panjang2 belaka tanpa sedar dah 2 perenggan rupanya....KAWAN2....aku sayang kamu semua...aku xkisahlah siapa pun kamu yang aku tau kamu ikhlas nak kawan dengan aku...IKHLAS demi sebuah PERSAHABATAN.....

gempak2 gak tapi bila serius mula menguasai diri kami mula rasa lain..sampai seseorang telah mengeluarkan kenyataan "kenapa tetiba kita macam dah tak jadi diri sendiri?..." hurm kita xpenah nak jadi orang lain kan tetapi kita just relax dan sedang memperbaiki diri untuk kebaikkan diri dan juga orang2 yang kita sayang(TEMAN@KAWAN@SAHABAT).
kawan,aku sayang kamu dan aku tetap aku untuk berkawan dengan kamu...biar apa pun orang kata tentang kita,kita jadilah diri kita kan...nak sangat berpeleseran(dengan motif yang baik)dengan korang semua..mungkin itu boleh merealisasikan keakraban kita tanpa memperdulikan kata2 org lain yang cemburukan kita....
 
Jam cepat la berlalu...perut dah minta diisi..Argh..jem siot.
DENTYNE SPLASH (flavour Strawbery and Lime)memang xmampu nak membuatkan aku tahan lapar ni...kekawan JOM kita makan dulu....
 
*********************************************************************
Aku tetiba je terasa mengantuk sangat bila pas lunch tadi.......makan reramai dengan geng 1GENG memang best (siap amik gambar lagi menggunakan gajet tercangih zaman ini)...menu hari ni adalah ikan keli dr kolam pak jais tetapi di masak lemak cili api di STARBUCK tingkat 8 kat menara PKNS PJ...biarpun lapar aku tetap berhemah bila makan...ceh..konon..
****(klau kat rumah langsung xpandang org)..


 
makan je la biarpun orang pandang...masing2 dengan menu pilihan masing2 mengikut kemampuan...sedap..tapi spoil la plak bila air yang aku order cam hampeh...nasib baik dapat ganti...dah 2 kali aku kena...perghhh..xleh didiamkan ni....


masuk je opis...masing2 menghadap FB...tetiba NORHAYATI BINTI NORDIN menjadi sebutan...semua geng memperkatakan tentang norhayati...mak yati pulak buat xksh je bila org cter pasal anak dia....yang paling menjadi tanda tanya en nordin dah mula berani nak bermanja2 dengan mak yati biarpun mereka belum ada apa2 ikatan..mungkin mereka sudah malas nak berselindung disebalik laman sosial (FACEBOOK,SKYPE,TWITER dan sebagainya...) aku paling nak gelak bila en nordin ajak mak yati bermain sungai...bermandi manda kah mereka..ohhh...begitu romantis cinta mereka...

Biarlah kenapa harus diputuskan cinta yang sudah mula terjalin...xsalah kan klau mak yati dan en nordin bermula sebagai kawan dan diakhirkan dengan sebuah perkahwinan...tu la org kata JODOH...hurm aku gak yang untung t dapat jejlan cr makan...eh makan lagi ke...aduh nasib baik aku makan tapi xgemuk..klau x mau kena beli baju saiz XXL (tiada kena mengena dengan sesiapa,hidup @ meninggal dunia)...

geng semua dah dilanda kemalasan klau petang2..mana xnya mata dah layu,tangan dah kaku..komen mula berkurang disebabkan tugas yang mula mendesak untuk dihantar...kalu lambat xcapai KPI t..tp bukan KPI KEIKHLASAN k..ini kerja punya...aku?...dah hantar dah...

report dah siap(dah hantar ke?)...komen xde lagi nak sambung...layan notes ni best gak..pastu up kat blog gak...



*****pesanan tok kekawan*****
1.tgu kad kawin dr mak yati @ en nordin
2.t kita g la berpeleseran(wayang i love SRK)
3.aku nak sambung balik cter BOY OVER FLOWER..
4.pas ni makan ingat aku biarpun STARBUCK kita low classgeng 1geng mula nak ajak berpeleseran tapi memandangkan sok hari bkerja macam 2 harus dipikirkan..xnak lambat g mcm pagi t...hurm gara2 BOY OVER FLOWER...rupanya best cter tu...

rupanya ada hikmah kenapa semua planning terbatal (g main badminton,tgk wayang cter My Name is Khan) disaat2 akhir..aku berpeluang tgk TARI TIRANA..ending yang xdiduga...biarpun berakhir dengan SAD ending cerita tu bagi aku mampu mengubah corak pembikinan drama di Malaysia...semoga TIRA berbahagia dengan life dia...AKU?..(doakan aku memperolehi kehidupan yang sempurna dr Allah swt..AMIN)

Monday, February 22, 2010

Wanita itu..

Kuasa Seorang Wanita


Pepatah ada mengatakan ´tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia´. Nyata, itulah hakikatnya seperti apa yang dapat kita saksikan hari ini. Wanita begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki. Jika tidak, Allah s.w.t tidak akan menjadikan Siti Hawa dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa kesunyian dan keseorangannya di dalam syurga. Wanita begitu bererti bagi seorang lelaki kerana tanpa wanita hidup seorang lelaki tidak akan sempurna, tidak akan bertambahlah zuriat di muka bumi ini, tidak akan ada seorang lelaki bergelar suami, tidak dapatlah seorang lelaki menjadi pemimpin dalam rumah tangga, dan nescaya sunyilah hidup seorang lelaki tanpa teman untuk bergurau senda.

Kejadian wanita adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan. Di situlah peranan sebagai seorang pemimpin dimainkan oleh lelaki. Antara kita sedar atau tidak, wanita banyak mempengaruhi kehidupan seorang lelaki. Kuasa yang dimiliki oleh wanita boleh menentukan kejayaan atau kemusnahan hidup seorang lelaki. Lihat sahaja punca keruntuhan beberapa empayar gah dunia yang dibina oleh lelaki, tetapi musnah sekelip mata dek pujukan seorang yang bernama wanita. Antaranya adalah empayar yang dibina oleh Napoleon Bonarparte dan Josephine, Anthony dan Cleopatra, Hitler dan Matahari, Samson dan Delila, serta Abu Lahab dan Hendon.
Begitu juga sebaliknya. Di belakang kejayaan seorang lelaki, juga berdiri seorang wanita. Contohnya Nabi Muhammad s.a.w bersama Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain, Nabi Ayub bersama Siti Rahmah, dan Nabi Ibrahim bersama Siti Sarah serta Siti Hajar. Wanita-wanita inilah yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama.

Seperti kisah semasa Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama dan bagaimana peranan yang dimainkan oleh isterinya Siti Khadijah telah memberikan semangat kepada baginda. Tepat pada umur 40 tahun, Muhammad bin Abdullah, suami Siti Khadijah menerima tugas kenabian yang harus disampaikan ke seluruh umat manusia. Tugas yang tentu saja tidak mudah, sehingga Nabi Muhammad s.a.w sendiri pada awalnya merasa ragu-ragu, apakah benar yang diterima adalah wahyu, dan apakah juga merupakan pengangkatan sebagai Nabi (yang menerima wahyu) dan Rasul (yang diutus menyampaikan misi). Tetapi sang pendampingnya Siti Khadijah, yang teguh hati, menenangkan, menenteramkan, menguatkan dan memastikan bahawa yang diterima benar wahyu dan baginda benar-benar diangkat menjadi Nabi dan Rasul.
Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan yang dimiliki oleh wanita boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredai Allah.

Kaum lelaki mudah goyah dan kalah dengan layanan yang baik. Apatah lagi daripada wanita yang sangat dikasihinya seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah. Malahan untuk menjadi seorang isteri yang solehah adalah dengan memberi layanan yang sebaiknya terhadap suami. Ini kerana syurga seorang isteri adalah pada suaminya.
Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya: "Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa daripada orang yang penyayang tidak akan sia-sia." Dan sebagai seorang anak, kita dilarang sama sekali untuk menderhaka kepada ibu dan sentiasa mendahulukan ibu dalam apa jua urusan. Doa seorang ibu adalah yang paling dimakbulkan oleh Allah s.w.t.
Sifat ketaqwaan lebih mudah diperolehi oleh wanita berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada wanita. Ia merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan, dan ujian. Jadi terpulanglah pada diri seorang wanita itu untuk memperoleh ketaqwaan ini.

Kemuliaan wanita akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak ke atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah s.a.w: “Wanita yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Bagaimanapun, ia tidak bermakna pada wanita yang hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain. Jauh tersembunyi, wanita sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya. Sabda Rasulullah s.a.w tentang besarnya peranan wanita ini ialah: "Wanita itu tiang negara, jika baik wanita di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya."
Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan wanita, wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, wanita akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka. Oleh itu gunakanlah kuasa yang dimiliki oleh wanita di tempat yang sepatutnya. Dan bantulah lelaki untuk menjadi pemimpin yang berjaya di dunia dan di akhirat.

 




Friday, February 19, 2010

♥.... 15 Tanda Jatuh Chenta....♥

Hari ni tgn aku x payah nak menggegel2 nak mengetok sesuatu dlm BLOG sebab aku dah ada CIK BULAN yang akan memeriahkan wall FB aku dengan notes yang pasti akan buat aku untuk copy n paste...CIK BULAN aku buat ini semua dengan keizinan ko tau..bukan saja2 k....kadang2 kata CIK BULAN ni memang 'jiwangnyer gler'........heheheheh

sesuai untuk mereka yang berusia 18 ke atas....bukan ape...budak2 xsesuai lagi nak jatuh chenta.....mak kata, "blaja dulu, jgn nak gatai2 nak berbalak ke hape ke.....". ayah plak kata, "blajo msk unibersiti bley dpt pakwe kacak2...". kawan kata, "ish,rugi ko tak bercinta...syiok!!!!'

walhal time tuh (skolah lagi) nak dating pon kene kompul duit...makan pon kene kongsi2...adui...cmne tuh.....syiok kemende???? hehehehe XD
***masa aku sekolah dulu aku xpenah dating k..ni zaman CIK BULAN..

Nih antara petanda2 yang hanpe sudah jatuh,,,bukan jatuh tangga, jatuh lobang jamban, tetapi jatuh chenta...... X)
************************************************************************
1. SUKAR MELELAPKAN MATA.
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.
(ulasan aku: aku tido nyenyak jerk......xde plak mengalami masalah tido kecuali kalo aku tonggang nescape 3 sachet...baru xbley tido XD)

2. PERASAAN SENTIASA BERDEBAR.
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.
(ulasan aku: akan jadik begitu kalo kuar ngan dier tibe2...alamak! perot memulas n malangnye tandas sgt la jauh....time tuh mmg berdebar2, takot tak smpat jer beb...ahaks!)

3. SUKA AMBIL TAHU.
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.
(ulasan aku: aku cobe nak amik tau.....tp sakitnyer ati biler dier wat tatau.....rase nak bg pelempang sakti jerk...sudahnye time makan kt kedai makan aku x amik tahu, aku amik tempe jerk..... XP)

4. RESAH GELISAH.
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.
(ulasan aku: akan rase resah n gelisah apabila.....sama seperti ulasan No.2)
5. DIHINGGAPI CEMBURU.
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
(ulasan aku: stiap kali aku cmburu....aku akan dihinggapi oleh mende lain plak....."lalat nih mmg mnyemak..aku tau aku bru makan ikan kering td...jgn la dtg kt aku...shuuuuh!)

6. HOBI BARU, TERMENUNG.
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.
(ulasan aku: port yg paling best ialah dibilik 'termenung' smbil membuat pelaburan smbil termenung uih syiok wo...!!. mcm2 aku dok brangan...kalo la itu, kalo la ini....bla..bla....)

7. DATING.
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
(ulasan aku: aku suke dating...anda tak suka kah???? XD)

8. RINDU.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.
(ulasan aku: mmg aku selalu rindu dier..... ^_^ )

9. BERGAYUT DI TELEFON.
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.
(ulasan aku: syok gayut kalo time gaji...topup beribu2 kali pon xpe...yang xsyiok bile RM semakin krg, make krg la sesi suai kenal dlm tepon tuh-------> ni yg wat nak crik 'BAPA GULA' nih...ahaks! )

10. BERUBAH CITARASA.
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.
(ulasan aku: aku tak brubah...dier yg brubah...alahai, ye ke? )

11. MERAJUK.
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.
(ulasan aku: tidak mnjdi masalah pd ku ttpi menjadi masalah bg dier kerna dier 'Tidak Boleh' nak majok2 sbb aku akan majok blk dan membuatkan dier xjd nak majok sbb kene pojok aku yg majok sbb dier majok.....ape penin la...)

12. SENTIASA KATA ‘YA’.
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
(ulasan aku: mane ader selalu kata ya...ader jerk aku kate tidak...mane tak nyer.....dier dgn senang ati mengeluarkan seputung rokok PallMall di dpn aku...aku pon kata Tidak la.....nak bagi aku mati dulu ke hape.....???)

13. SANGGUP BERKORBAN.
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.
(ulasan aku: andai kata crita aku ibarat cite titanic, "u jump, i jump"...takmo aku....biar la dier nak jump dulu...dosa tau tuhan marah kalo ader cobaan mmbunuh diri...tamau2 XP)

14. JADI ORANG LAIN.
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.
(ulasan aku: aku nak gak ttibe bgn dr tido..aku tgk cermin, mak ai rupe ku dh jd angelina jolie.....wow! alangkah bagus nyer.....tp itu bukan fkta ttpi auta...heheheh)

15. INGINKAN PERHATIAN.
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.
(alasan aku: kalo dier xnak bg perhatian kt aku....aku akan perhatikan pd mamat lain..usha la kire nyer......huhuhuhu berbaur ugutan tuh....XD )

note: fakta2 diatas ader gak yg terkena bkn pd aku sahaja tapi banyak kena pada CIK BULAN(130%) dan mungkin pd org lain gak kan erm..?????

terima kasih kepada sumber yg bley dipercayai....CIK BULAN (ayat2 engkau memang terbaek bagi aku..)

Thursday, February 18, 2010

Memang ALLAH sengaja...

dikala mata melayu....ku tekan2 jgk seekor tetikus ditgn ku nih......belek punyer belek...alih2 dpt satu mende dr rakan baru ku.....ayatnyer bkn main wat kan aku tertarik untuk m'abadikan dalam notes ni...aku nak share....shring is caring...kan2???
************************************************************************************

Memang Allah sengaja....
* menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik
(ulasan aku: btol la.....kite ingat dier org yg betol...kene gak analyze baek punyer baru tau...huhuhuh)

* menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
(ulasan aku: selalunyer kite xpenah hengat pun kt Dia, tp bile dh tkene ngan org yg salah bru la nak bdoa bagai nak rak supaya diberikan petunjuk....haah ek??)

* menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
(ulasan aku: aku rase kite kene bg kasih sayang kt diri kite dulu sebelum org lain yang bagi kite kasih sayang.......org yg salah nih la yg akan membuatkan kite kompius samada nak bg kasih syg kt diri sendiri atau kt diri dier dulu------->huhuhuhu itu bahaya tuh!!!)

* menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
(ulasan aku: tau xpe......jgn plak bile dh frust tuh g amik ubat kurap telan.....hehehehe anggap jerk ader yg lebih baik.....kacak dan bergaya umpama brad pitt + jonny depp..hehehehe hati akan kembali pulih lepas tuh...huhuhuh :p)

* menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
(ulasan aku: nih part yg paling best...at least bley cite kt cucu cicit..." opah dulu byk balak ensem nak kt opah...bla..bla...frust....bla..ensem...bla..." hahahaha....bru la xnmpak sgt hidup tuh sgt la straight jerk........kasi bengkang bengkok skit)

*menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
(ulasan aku: hebat ke?? memang hebat sbb berjaya mengenalpasti melalui saluran jiwa nurani yg org tuh mmg salah dn kite tak terperangkap olehnya....huhuhuh)

*menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham CINTA
(ulasan aku: itu la ceritera cinta.....hahahahaha XD)

NOTE: aku xpernah nak berjiwangkah malam2 ni ......tu semua.bukan ayat aku tuh.....hehehehe XD
            aku REDHA dengan apa yang ALLAH uji pada aku..