KEIKHLASAN...
Apa itu IKHLAS? Bagaimana kita mahu tahu itu IKHLAS @ TIDAK ??
Sesungguhnya sebagai makhluk Allah yg hina-dina, kita tidak layak untuk menilai orang lain kerana 1 jari menunjuk ke arah bertentangan ada 4 jari lagi yg akan menunding ke arah kita semula. Namun jika penilaian itu IKHLAS untuk penambahbaikan kenapa tidak???
Aku lagi suka diri ku di nilai oleh kawan2...dengan syarat, penilaian itu biarla kena pada tempatnya..dinilai dlm suasana yg baik... Ini kalo nak nilai aku depan org ramai, itu bukan untuk penambahbaikan sebaliknya penghinaan semata2 ! Justeru, jika korang IKHLAS menilai aku untuk kebaikan nescaya akan ELOK la hasilnya...namun jika korang TIDAK IKHLAS menilai aku maka hasilnya adalah sebaliknya...
*****kamu semua bertakhta dihatiku......*****
Bagaimana KPI Keikhlasan? Adakah diukur menggunakan METER, LITER, atau sebagainya???
KEIKHLASAN TIADA KAYU PENGUKUR (KPI)... kita hanya boleh menilai IKHLAS @ TIDAK melalui HASIL kerja/perbuatan tersebut...hasil kerja yang dilakukan dengan KEIKHLASAN adalah berbeza dengan hasil kerja yang dilakukan TANPA KEIKHLASAN...
Persahabatan yang IKHLAS & TIDAK IKHLAS juga berbeza HASILnya..Dalam kehidupan ini kita memerlukan sahabat/teman/kawan sebagai pengganti keluarga kita yang berada jauh dari sisi. Sahabat yang IKHLAS berkawan dengan kita sentiasa diredai hubungan tersebut walaupun kita tidak menyukai hubungan tersebut. Malah, hubungan tersebut akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA... Sebaliknya, hubungan TANPA KEIKHLASAN akan dijauhkan olehNYA tanpa kita sedari...Meraunglah, menangislah sekuat hati..tiada gunanya jika sudah ditentukan 'dia' bukan milik kita..
* Sahabatku... aku mohon maaf atas segala kekasaran tutur kata dan tingkah laku ku selama ini... INI LAH AKU.. aku tidak mampu untuk menjadi orang lain kerana aku menghormati PERSAHABATAN ini... AKU IKHLAS DENGAN PERSAHABATAN INI ! TERIMA LAH AKU SEADANYA...
*****aku begitu bersyukur sebab aku punya kamu disisi*****
*****kamu selalu mencerikan hari2 ku di pejabat.*****
Setelah ku baca dan ku fahami rupanya mereka membincangkan isu tentang keikhlasan,sahabat dan kasihsayang dalam perhubungan... bagi aku topik ini sangat menarik perhatian aku...sebab orang selalu mempertikaikan keikhlasan yang aku lakukan dalam persahabatan...wajarkah dia menilai aku sedangkan kami jarang berjumpa, berbual dan bercerita..hanya dengan sekali sekala tapi mampu membuat kesimpulan mengenai aku tanpa mengenali aku sepenuhnya...Tak kisah la...apa komen dia..yang penting aku nak jadi aku dan aku nak bahagiakan semua orang yang ade disekeliling aku...Allah Kau bantu lah aku menghadapi semuanya...
No comments:
Post a Comment