Sunday, September 26, 2010

Tolong ingatkan AKU....

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

*****

 aku hanya mahu kamu tegur aku jika aku SILAP...jangan diamkan aku..kerana aku akan LEKA..aku kan LALAI..dan aku akan SOMBONG..aku akan biarkan kamu sendiri..aku sayang kamu..aku tahu salah aku kerana mempersoalkan perasaan kamu..aku takut dengan bayang2 aku sendiri..apapun bolehkah kita MACAM DULU?............:( aku tetap aku...aku sayang kamu...jujur aku sayang kamu....bolehkah aku terus jadi sebahagian dr kamu..

2 comments:

  1. nih mcm hidup aku je...but now,how can i forget him..=(

    ReplyDelete
  2. mungkin hanya secara kebetulan....kisah kau dan aku sama....aku memang tak pernah lupakan dia..malah aku sentiasa mendoakan dia bahagia dengan kehidupannya.....TANAMkan dalam HATI..sepi itu hanya seketika dan akhirnya bahagia itu milik kita...

    ReplyDelete