Wednesday, September 1, 2010

Kenapa cinta susah datang?

kenapa cinta susah dtg
Walau mata sudah bertentang,
Walau hati sudah bergoncang,
Walau Sayang sudah terbentang,

Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi,
Bila sayang sama berbahagi,
Bila melodi bertukar ganti,

Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam dihatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu

Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan,
Bila pertanyaan jadi soalan,
Bila jawapan jadi pertaruhan,

Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak tuhan

Kenapa cinta susah datang??
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan 
Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Aku sedang berusaha ke arah itu....Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan aku dengan pasangan aku...
Sebenarnya bukan aku sahaja malah ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Jadi marilah kita sama-sama teruskan usaha sehingga kita bertemu jodoh masing-masing...AMIN

No comments:

Post a Comment