Saturday, May 1, 2010

Perlukah semua ini..

“Dia bukanlah orang yang terakhir kau cintai, dan bukan hanya satu cinta itu sahaja yang kau akan bercinta.”

Selalu sangat, apabila seseorang itu yang pernah jatuh cinta dan kemudian dikecewakan cinta, akan memberitahu orang di sekelilingnya dan juga kepada dirinya sendiri yang bekas pasangannya itulah yang terhebat :

“Dialah yang terbaik, tiada lagi orang sepertinya. Tiada siapa yang dapat menggantikan cintanya yang luhur, hatinya yang lembut, layanannya yang terbaik dan perangainya yang lucu dan menawan hati! Dia The Best!”

Tidak kah pelik? Walau dikecewakan, walau dibiarkan begitu saja, walau sengsara hidup TETAP… yang mengecewakan dia itulah yang terbaik, cinta yang suci dan luhur!

Kalau baik sangat pasal apa dia kecewakan anda?! Kalau suci sangat pasal apa anda ditinggalkan? Kalau hatinya lembut dan baik, mengapa sanggup membiarkan diri anda terseksa?

Jelas sekali dia TIDAK BAIK, habis cerita!
Now, apa yang penting di sini untuk kita semua fikirkan dan renungkan sejenak adalah… “BUKAN HANYA SATU CINTA” - Maksud di sini adalah, di dalam hidup kita ini, sepanjang perjalanan mengorak langkah di dalam semak, onak dan duri kehidupan ini… BANYAK cinta yang kita akan temui, percayalah!

Jangan lah kita hanya menganggap cinta dia seorang itu lah yang satu-satunya cinta. Maka kalau tak menjadi dengan dia, tak ada lagi lah peluang anda untuk bahagia bersama pasangan yang lain?!

Dari pengalaman I sendiri, kita akan bercinta dan kecewa dan bercinta kembali, kemudian berkali-kali lagilah kecewa, berkali-kali lagilah putaran percintaaan itu sebelum kita bertemu dengan cinta yang sebenarnya cinta. Iaitu cinta sejati, TRUE LOVE!

So, for the mean time tu, kita cuba kenali pasangan kita sebanyak-banyak yang mungkin. Ketahui tabiaatnya, kenali cara pemikirannya, fahami keputusannya. Dari sini lah dalam sedar dan tak sedar kita mengembara mengenali erti percintaan yang sebenar. Dari sinilah kita mulai perlahan-lahan belajar erti bertolak ansur. Dari kekecewaan kita akan kenal pasangan yang mana lebih baik lagi, dari kegagalan kita mengenal orang yang mana patut kita kahwini.

YANG PENTING : JANGAN PUTUS ASA! Berkenalan lah dengan sesiapa sahaja yang menarik dan baik pada pandangan anda. Kemudian, jangan pula cepat jatuh cinta dan jika bercinta jangan pula beri habis keseluruhan cinta anda, simpan sedikit untuk anda cintai diri sendiri.

“Bercinta dan terus bercinta walau beberapa kali gagal sekali pun.” You know, apa selalu berlaku pada I, setiap kali I breaks?, the next person yang I jumpa selalunya yang lebih baik dari yang sebelumnya. So, JANGAN sesekali menganggap cinta bekas kekasih anda itu sahajalah yang terbaik, kerana…

“Dia bukanlah orang yang terakhir kau cintai, dan bukan hanya satu cinta itu sahaja yang kau akan bercinta…RAMAI!”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku amat tertarik dengan kenyataan tersebut dan ternyata aku masih gagal untuk menerima apa yang telah berlaku...nekad dalam hati...hidup harus berubah...jgn biarkan hati tersiksa lagi..

No comments:

Post a Comment