Friday, May 20, 2011

Luluh hati MENANGIS

AIDIL



AKU tak tahu kenapa aku harus menangis......tapi kisah disebalik FILEM tu menyedarkan aku bahawa LELAKI adalah mahluk yang paling kuat dan seringkali mampu menyembunyikan kesedihannya. Menangis adalah hal yang sangat biasa bagi siapapun..semua dari kita mesti pernah menangis..
Siapapun pasti tak menginginkan kesedihan dan dugaan tu mencengkam jiwa. Walaup siapapun anda dan apabila kesedihan menyapa anda, maka menangislah....sebab Allah memang mengizinkannya..
menangislah...sebab menangis bukan tanda kelemahan atau ketidakmatangan seseorang.....
menangislah....kerana airmata yang tertahan akan menyebabkan perasaan tertekan dan tegang....
menangislah ...kerana dengannya kita akan merasa lebih nyaman.......
Itulah yang berlaku dalam FILEM NUR KASIH THE MOVIE.....AIDIL dan ADAM kelihatan JUJUR sewaktu melakonkan babak tu..tangisan mereka juga membuatkan LULUH hati aku.....
ADAM


Filem ini akan membawa anda untuk berfikir sejenak apakah sebenarnya yang sudah anda lakukan sepanjang kehidupan ini, adakah anda menikmatinya atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu saja. Banyak yang aku pelajari dari FILEM ini...apa itu  Erti pengorbanan dan keikhlasan.....tentang kasih sayang dan sebagainya....Yang jelas, setiap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya. Hanya mata hati yang ikhlas akan dapat merasakan nikmat ujian yang diturunkan Tuhan.

3 comments:

  1. singgah blog anda sambil follow..

    ReplyDelete
  2. adoi...cik aiskrim x tgk lgi ni...ni yg wajib tgk ni...ayooo...ssh hati plk...bile tgk2 crita cmni..pnglaman hidup mmatangkan kite..=)

    ReplyDelete
  3. Anyss :: nanti saya FOLLOW juga yer....


    Cik Aiskrim:: kena tgk tau..rugi...pasti akan leleh....

    ReplyDelete