Friday, April 1, 2011

Terkenang lagi (^_^)

Dah lama tak memandu sendirian....dah lama juga aku tak lepas bebanan dengan bermonolog dengan Mycinta_CBB....dia je yang tahu aku macamana...mungkin keadaan dah berubah.....tapi aku tetap aku.....

Ntah tetiba aku terasa nak cerita tentang MONOLOG aku dan dia....RINDU suasana tu......pagi ni juga, hanya  KISAH aku dan lelaki itu yang menjadi TOPIK..ntah kenapa dia leh ada dalam fikiran...mungkin dia merindui aku atau aku sendiri yang merindui GELAKnya....Ya ALLAH ~ maafkan aku sebab tak mampu nak menolak RAHMAT pemberianmu....dia sebenarnya masih dalam ingatan....

Aku tak pernah menyesali perpisahan ini...malah aku pasti HIKMAH yang dah aku temui dari perpisahan ini...aku menjadi AKU dan dia tetap bahagia dengan kehidupannya......malah aku gembira dia menerima aku seadanya...tak pernah merungut apapun tentang aku sepanjang kami bersama......

~Aku tak mahu ini terjadi dikehidupan kami~



Aku sangat suka dengan ini...(^_^)

Apakah itu Bukti Cinta?  

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya. 

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda? 

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri 

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur” 

- Saidina Umar Ibnul Khattab – 

 

No comments:

Post a Comment