Thursday, November 4, 2010

JiKa SeMAlaM aku MenCaruT, HaRi InI PaSti TidaK...

KISAH Bantal Dan Anda...?

 Sedang aku semak-semak E-mail aku tetiba aku jumpa ni.....

Terdapat kajian mengenai perwatakan seseorang dengan bantal yang digunakan sewaktu tidur.....aku cepat2 baca sebab aku nak tahu apa maksud di sebalik cara aku tidur dengan bantal aku...Rasa-rasanya korang dikategori mana...???

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yangboleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tak suka berusaha.

5) Tidur Tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak Punya Bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!...jenis kedekut tahi hidung masin !!


*Tetiba aku ingat BANTAL kecik kepunyaan aku yang ada kat KAMPUNG...terasa mahu bawa dia balik KL la nanti:::

No comments:

Post a Comment