Tuesday, October 5, 2010

Pembohongan sebenarnya boleh dikesan..

Si pembohong sebenarnya tidak dapat sembunyikan pembohongannya. Persoalannya samada kita dapat mengesannya atau pun tidak. Malah, kita boleh mengesannya sebelum sipembohong mengeluarkan kata-kata. Fakta ini berdasarkan paten. Sekiranya sesuatu perkara terjadi sekali, itu memang kejadian. Terjadi dua kali, itu boleh dikatakan kebetulan. Tetapi, bila perkara yang sama terjadi berulang kali, itulah yang dikatakan paten. Ketika bertutur, sipembohong akan menunjukkan gerak geri yang serupa, tak kira siapa pun dia. Setiap kali seseorang mengeluarkan kata-kata yang tidak benar, tubuh mereka akan bertindak balas secara separuh sedar atau sup conscious yang boleh menunjukkan samada ia bercakap secara jujur atau tidak.

Sebelum mengeluarkan kata-kata:

Anak mata akan begerak samada kekanan atau kekiri sebaik saja selesai soalan diajukan. Bila anak mata bergerak kekiri, itu tandanya ia sedang menggunakan otak kiri. Iaitu sedang mencari fakta dan cuba mengingat (recall) sesuatu yang terkait dengan soalan yang diajukan.
Bila anak mata bergerak kekanan, ia bermakna lebih banyak menggunakan otak kanan. Iaitu lebih banyak menggunakan imaginasi. Ini akan lebih cenderung kepada retorik dan andaian. Bukan fakta dan bukan berdasarkan memori yang ada diotak.

Ketika berkata-kata:

Ketika berkata-kata, tubuh dan anggota sipembohong akan bertidak balas secara spontan atau secara separuh sedar (sup conscious) dan diluar kawalan mereka sendiri. Antaranya;

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Nada suara (pitching) yang lebih tinggi.
Dalam keadaan tertentu, sipembohong berasa tertekan/gundah (depress) dan ingin meyakinkan pembohongannya. Untuk meyakinkan kata-katanya, sipembohong akan meninggikan sedikit nada suaranya supaya kata-katanya dapat diyakini.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa atau langsung tidak akan bertentang mata sekiranya sipembohong ada merasa bersalah. Sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, Antara reaksi yang menunjukkan keresahan, sering membetulkan atau melonggarkan kolar baju, ini kerana perubahan pada tekanan darah yang akan memanaskan badan terutama dibahagian tengkok. Ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Senyuman
Orang yang ikhlas dan jujur, ketika senyum akan menggunakan otot muka yang lebih banyak berbanding sipembohong. sipembohong biasanya akan senyum dengan menggunakan sebahagian kecil otot, iaitu hanya otot muka dibahagian bibir sahaja.

Selesai berkata-kata:

Sekiranya anda benar-benar ingin memastikan samada seseorang itu berbohong atau tidak, cuba tukar topic perbualan. Sipembohong akan begitu cepat memberikan respon. Dan dia akan cuba membawa topic perbualan lebih jauh lagi.

Sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Kesimpulannya.... jangan tertipu...!

No comments:

Post a Comment