Saturday, October 30, 2010

Benih Kegembiraan...

aku masih disini...hujan renyai-renyai pagi ini buat aku terkenang kembali kisah aku dan dia..terpaksa meredah hujan hanya kerana mahu segera pulang...kami sudah janji tak akan lewat.....hurm...rasanya itulah antara kenangan yang masih kekal jauh disudut hati..aku sangat rindukan GELAK TAWAnya...senyum manisnya....Suaranya...semualah tentang dia...tapi apakan daya JODOH kami tiada...lagu ni aku tujukan KHAS untuk dia....kerana dia pernah MENANGIS untuk aku...**jarang lelaki nak menangis**

~~~~~~~~~~
Kekasihku
Jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan air mata di pipimu
Kekasihku
Tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda
Melenyapkan
Impian bersama
Jangan dikesali
Atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya
Membuahkan bahagia
Kekasihku
Aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah
Ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka kekasihku
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah
Menerima
Segala-galanya dengan redha

Mungkin suatu hari
Kita akan bersama lagi
Aku masih mengharap
Segalanya kan
Berulang semula


~~~~~~~
aku tak mahu bersedih lagi..

'Dlm kesedihan ada benih kegembiraan, aku mahukan itu..mahu ia bercambah, agar esok aku dapat memunggut faedah kegembiraan darinya dan detik itu, yang pasti aku tidak akan membenarkan perkara kecil atau remeh-temeh menganggu kehidupan aku lagi..'

Thursday, October 28, 2010

Bila kita sayang orang tu kan...


Biler kiter syg org tu
Kita tnggu dia lame pun x per
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2
Ati kate ala, adatlah ada yang menunggu n dtnggu

Biler kiter syg org tu
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bsn,
Tp biler kite bosan Ada dia lyn kiter?
Ati kate x pe dia busy kott

Biler kiter syg org tu
Kita gdh ngan dia, kita dim je
Tp dia heboh 1 dnia
Ati kate x pe, dia tension tuu

Biler kiter syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org lenn atau matikan
Biler jd cm2, x pe
Ati kata, x pe, lyn je, kwn dia, kwn kiter gak

Biler kiter syg org tu
Kita bercerita dgn dia,citer ngan
tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt...klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…

Biler kiter syg org tu
Kita n dia lpr
Tp kiter bg sume roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalh ati dia, sian dia….

Biler kiter syg org tu
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih, dia srh jugak kiter
lyn dia bila dia bsn
Adil ker? Ati kata, ala bukan selalu pun..

Biler kiter syg org tu
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam

Biler kiter syg org tu
Kita x prnh pntingkan diri sndri
Tp dia hpokrit thp ngaban
Ati kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima..

Biler kiter syg org tu
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya
Tp dia x tahu kiter berdpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit
bese2 jer, jgn nk mngrt
Ati kata, cmnelah dia biler kiter x de,
msti dia hepi

Biler kiter syg org tu
Kiter x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Biler kiter syg org tu
Kiter snggup tngglkn dia selaam2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata, x pe, janji dia bhgia
Dan……

Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kiterr
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x dgrluahan ati kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kiterr
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kiter

NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT....


takkan nak tgu jadi macam ni baru dia nak sedar yang aku sayang dia...hurm takpe la..yang pasti aku dah tunjukkan SAYANG aku..selebihnya aku berserah kepada ALLAH s.w.t..
 

Wednesday, October 27, 2010

Jangan BODOHkan AKU!!!!!!...


ingat ni!!!!

Aku tak tahu kenapa tetiba MOOD aku hari ni tak betul...
mungkin selepas aku dengar dan tahu segala cerita kot.....
hurm...WHAT EVER la...

Aku tak nak mengarut...
Apatah lagi mencarut....
Tapi....
Setelah sekian lama aku cool.. 
Sekian lama aku dah tak melenting.... 
Sekian lama hidup aku ceria.... 
Aku rasa aku harus luahkan RASA.....

Aku marah dengan DIA...
Walaupun aku tak pernah benci DIA...
Walaupun DIA selalu begitu...
Siapa dia tu biarlah aku je yang tahu...

Aku memang diperbodoh-bodohkan giler babi...
Which aku rasa macam bodoh... 
Which aku rasa 'apa masalah ko nie????'...
Lantak la....
Pasni aku tak tanya lagi..
Aku tak akan ambil tahu...
Aku akan biarkan KAMU..
Dengan pilihan KAMU..
Dengan kehidupan KAMU....
Bagi aku, itulah pilihan kamu...

** I know every single things n what had happen  bout u...
dun ever try to make FOOL of me **

** Ingat pesan dan pepatah orang dulu-dulu **
~ sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua ~


~ aku dah penat~

Monday, October 25, 2010

Rasa itu...

Mahu mengutara suara hati yang kian bisu. Saat ini tidak ada satu yang mampu aku ungkapkan apatah lagi yang dapat aku tuliskan.... Jemari seakan kaku. Hanya menaip satu dua kata, kemudian mati di situ.....

**mencari kembali rasa hati**

Saturday, October 23, 2010

Jodoh di tangan ALLAH

 **aku berserah kepada JODOH**


Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.


"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak. 

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. 

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak  tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." 

mak menelan air liurnya. Saya diam. 

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?
 
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,


"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.

emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.


"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."


"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha 

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya... 


-amekla pengajaran dari citer ini okeh^^-

Thursday, October 21, 2010

tak harus KEMBALI..

Notes ini aku buat, ketika aku rindu sekali kepada sebuah kisah dan kasih yang tidak akan pernah jadi milik aku...aku juga tahu dia tak mampu memberi apa yg apa yang aku mahukan, dan sebab itu aku tak akan berharap ia kembali dalam bentuk apapun…

 **sayang aku tetap untuk kamu**

kasih sepanjang jalan...
kasih aku pada dia...
kasih aku pada mereka...
kasih aku TULUS ikhlas....
jujur hati aku mudah tersentuh…
jika ada peluang...
mahu saja ku lepaskan rasa rindu ini...
aku mahu memeluk dia..
bersandar di bahunya..
meluahkan segala rasa.....
 
YA ALLAH kenapa ini yang aku rasakan...
aku sangat mengharapkan sokongan....
dari DIA dan DIA dan DIA...bukan dari orang lain....
SERIUS....aku mahu dia...
aku ingin menangis sedalam dalamnya...
dengan harapan terbuang segala rasa..


kala rasa rindu itu datang...
kala ia menyapa hati ini....
aku tahu dia tetap tidak kembali…
tetapi rasa rindu itu tidak pernah mau pergi di dalam hati....
biarlah rasa rindu ini tetap kupendam…
Maafkan aku bila belum bisa melupkan kamu...
KAMU dan KAMU....

           JANGAN PERNAH SESAL DATANG, SAAT TIBA SEBUAH KEHILANGAN..


 **mencari kembali cinta..


Tuesday, October 19, 2010

ReaLITi itU~~

MOGA2 CITA2 KU MENJADI REALITI
"BERMUJAHADAH ITU PAHIT, TETAPI HASILNYA MANIS"

~ IBN KHALID ~


Aku mahu itu....
perkara itu tetap aku mahu...
kemampuan aku teruji hanya demi itu...
aku di SINI demi itu...
itu kemahuan ku...

Realiti itu mungkin pasti..
aku harus bergigihan untuk itu...
aku harus bertahan..
berdiri...
memerhati..
mencari..
dan berlari..
ku kejar itu...
ku kejar dia...
DIA yang aku mahu...
bukan ANGAN-aNGAn...
Bukan Idea...
tapi suatu JanJI......


***mahu jadi PEMETIK CAHAYA yang Baek***


Monday, October 18, 2010

KiTe KaWAn KaRIb SaHAbaT SeLaMAnya...

Jika Aku punya kesempatan...
aku mahu kembali seperti dulu..
aku mahu lihat kamu yang dulu...

GURAU SENDA, GELAK TAWA, GAYA dan SEGALANya..

Nilai kamu bagi aku...sangat berharga..SAHABAT

Kesedihan kamu terpancar di mata..KESAKITAN itu apatah lagi....aku tahu kamu tahan AIRMATA itu dari gugur..aku jua begitu...ku pimpin kamu untuk PERTAMA kalinya...aku tahu kamu tak suka..aku tahu kamu MARAH..biarlah kamu membenci aku sekarang...aku terima, biarpun dihadapan yang lain...sekurangnya aku tidak menyesal dikemudian hari kerana BIARkan kamu...

Berbicara secara LANGSUNG dengan kamu diruangan itu, buat aku terdiam seketika...aku TUNDUK...sedihnya....kenapa HARI INI baru aku tahu....kenapa kau berpura-pura..kenapa tidak dari dulu....



MARAH memang marah tapi bagi aku itu bukanlah yang utama sekarang....
aku tak mahu lihat KESAKITANMu lagi..kesedihanmu..
kami tak mahu HILANG kamu lagi dalam masa terdekat ini...


YA ALLAH...kuatkan HATI ini...
BERITA itu amat berat untuk ku terima....
AKuSAyanGDiA kerana  KiTe KaWAn KaRIb SeLaMAnya...





***nota untuk SaHAbaT**

Friday, October 15, 2010

Nasihat Imam Syafie Tentang Sahabat


1.Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya, Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan. Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tujukkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku zahirkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika diatasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.



" aku tetap menerima dia seadanya..biarpun dia benci aku...biarpun dia tak pedulikan aku...HAMPA memang aku HAMPA tapi aku tak akan pertikaikan MENGAPA dan KENAPA...kerana aku tahu KAMULAH SAHABAT..." 

Wednesday, October 13, 2010

~ MUNGKIN kah aku SAKSI CINTA ~




Kisah yang benar-benar telah berlaku.....

" hari itu,aku bertemu dia,secara tidak dirancang...sekadar bertanya khabar...dan nyata aku tidak bersedia...berlalu masa memikirkan segalanya...perlukah aku berharap lagi,sedang dia sedang bergembira disana.manis wajahnya tiada gambaran sedih.dan aku gembira melihat dia gembira. aku tersenyum sendirian. mungkin dia akan ketemu seorang yang lebih baik...begitu juga aku...kenapa aku terus bercerita tentang dia, terus memikirkan dia?

kini tetaplah hatiku...aku mungkin berhenti berharap...apa yang dikatakan olehnya dulu cumalah mainan perasaan...apa yang berlaku antara aku dan dia tidak perlu diperkatakan lagi,diceritakan lagi...semuanya jelas,kesilapan sendiri memakan diri...manisnya sendirian.

dan kini aku mengerti harga sebuah cinta,kasih dan sayang dan aku mengerti bahawa cinta dari manusia adalah sementara dan mungkin palsu,sekadar mainan. cinta,sayang dan kasih -masing masing perkara yang berbeza...dan jangan keliru antara kasih dan simpati....ikhlaskan hati dalam membuat sesuatu;menyayangi,dan membuat keputusan....

dan kini tetaplah hati ku ini bahawa dia tidak lagi aku harapkan untuk hadir semula dalam hidup ini.....aku gembira."

~~~~~ Pesan ku hanya satu pada DIA ~~~~~

biarlah kita SEPI seketika tapi cinta sebenarnya tak datang hanya sekali dalam hidup ini........


Tuesday, October 12, 2010

~ AKu dan DIA ~

Tak dalamkah
Cinta dalam hatiku
Dah berbunga hidupku
Bersamamu aku setia

Tapi kini
Kau telah tajamkan duri
Menduakan cintaku
Yang telah lama ini
Ku cuba
Untuk bertahan
Tapi perih hati ini

Pilih aku atau dia
Tinggalkan ku bila kau ingin bersamanya
Pilih aku atau dia
Tinggalkan ku bila kau ingin bersamanya

********



Dalam kekalutan ini , tiada yang mampu aku lakukan melainkan berserah....Aku cuba menjauh dan Aku akan  abaikan dirimu....Bukan aku benci kamu, jauh sekali aku sengaja ingin melupakan, meski kini kehidupan  kita berbeza, kau tetap aku sayang, kau tetap satu di hati

Dan...

Biarlah kita berjauhan, agar aku dan kamu tidak menderita....

Thursday, October 7, 2010

Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............

**********

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Wednesday, October 6, 2010

SIAPA kita?...

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... "
Jadi renungkan lah....

1.. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Tuesday, October 5, 2010

Pembohongan sebenarnya boleh dikesan..

Si pembohong sebenarnya tidak dapat sembunyikan pembohongannya. Persoalannya samada kita dapat mengesannya atau pun tidak. Malah, kita boleh mengesannya sebelum sipembohong mengeluarkan kata-kata. Fakta ini berdasarkan paten. Sekiranya sesuatu perkara terjadi sekali, itu memang kejadian. Terjadi dua kali, itu boleh dikatakan kebetulan. Tetapi, bila perkara yang sama terjadi berulang kali, itulah yang dikatakan paten. Ketika bertutur, sipembohong akan menunjukkan gerak geri yang serupa, tak kira siapa pun dia. Setiap kali seseorang mengeluarkan kata-kata yang tidak benar, tubuh mereka akan bertindak balas secara separuh sedar atau sup conscious yang boleh menunjukkan samada ia bercakap secara jujur atau tidak.

Sebelum mengeluarkan kata-kata:

Anak mata akan begerak samada kekanan atau kekiri sebaik saja selesai soalan diajukan. Bila anak mata bergerak kekiri, itu tandanya ia sedang menggunakan otak kiri. Iaitu sedang mencari fakta dan cuba mengingat (recall) sesuatu yang terkait dengan soalan yang diajukan.
Bila anak mata bergerak kekanan, ia bermakna lebih banyak menggunakan otak kanan. Iaitu lebih banyak menggunakan imaginasi. Ini akan lebih cenderung kepada retorik dan andaian. Bukan fakta dan bukan berdasarkan memori yang ada diotak.

Ketika berkata-kata:

Ketika berkata-kata, tubuh dan anggota sipembohong akan bertidak balas secara spontan atau secara separuh sedar (sup conscious) dan diluar kawalan mereka sendiri. Antaranya;

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Nada suara (pitching) yang lebih tinggi.
Dalam keadaan tertentu, sipembohong berasa tertekan/gundah (depress) dan ingin meyakinkan pembohongannya. Untuk meyakinkan kata-katanya, sipembohong akan meninggikan sedikit nada suaranya supaya kata-katanya dapat diyakini.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa atau langsung tidak akan bertentang mata sekiranya sipembohong ada merasa bersalah. Sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, Antara reaksi yang menunjukkan keresahan, sering membetulkan atau melonggarkan kolar baju, ini kerana perubahan pada tekanan darah yang akan memanaskan badan terutama dibahagian tengkok. Ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Senyuman
Orang yang ikhlas dan jujur, ketika senyum akan menggunakan otot muka yang lebih banyak berbanding sipembohong. sipembohong biasanya akan senyum dengan menggunakan sebahagian kecil otot, iaitu hanya otot muka dibahagian bibir sahaja.

Selesai berkata-kata:

Sekiranya anda benar-benar ingin memastikan samada seseorang itu berbohong atau tidak, cuba tukar topic perbualan. Sipembohong akan begitu cepat memberikan respon. Dan dia akan cuba membawa topic perbualan lebih jauh lagi.

Sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Kesimpulannya.... jangan tertipu...!