Monday, July 5, 2010

Kenangan Semalam

aku mahu sahaja meng-update blog kesayangan ku ini saban hari,tapi... Gara-gara sibuk tugas harian dan macam-macam hal lagi. Tapi, skang ni pon, aku masih sibuk dengan hal aku sendiri..melayan minat dan MYCINTA_DSLR.... Hurm, hari ni aku nak ajak kamu semua berfikir sejenak. Fikir dengan seserius mungkin. Mungkin juga fikir dua kali....apakah kenangan anda terindah anda di hari semalam..APa beza hari ini berbanding semalam? Memang dah sah la banyak perbezaannya bukan? Hari ini hari AHAD, semalam hari SABTU..erk..sok dah kena kerja balik....argh...kena terus lagi tugas yang tertangguh...jap2...ini ayat semalam..tapi sedar tak sedar dengan tak sihat pun aku gagahkan diri gak ke opis hari ini...

Apa yang aku cuba bangkit kan kat sini sebenarnya? Ha, ini yang aku sendiri tak tau... Kui3... Hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam dan esok adalah lebih baik dari hari ini hendaknya. Malang sekali jika hari ini sama seperti semalam dan lebih malang lagi jika hari ini lebih teruk dari semalam. Kita perlu berubah... Berubah ke arah yang lebih baik... Bukan ke kiri, ke kanan, atau ke mana-mana. Hehehe...


Aku agak kecewa sebenarnya... Sebabnya?..aku gagal untuk memuaskan hati semua orang...aku keliru dengan apa yang aku rasa...ketika aku cuba untuk menjadi diri sendiri aku ditegur kerana kesilapan aku sendiri...tak mengapa, aku terima semua itu...itu pun jika kamu mahu menerima aku...

ketika aku mengagahkan diri melalui hari ini...aku diduga lagi...kasih sayang dan kelakuan aku dipertikaikan semula....salah ke aku untuk mengambil berat tentang nya...salah ke aku bila cuba melindungi dia..salah ke aku kiranya menyayangi dia....salah ke aku jika aku mahu melihat dia bahagia...aku tak mahu dia KECEWA dan menangis semula...argh!!! seyes...kenapa setiap apa yang aku lakukan menjadi persoalan??????....


** ZE ~ kamu harus kuat untuk dapatkan CINTA kamu **

Apa pun bagi aku semalam adalah antara kenangan terindah aku bersama DIA dan DIA juga bersama temannya...aku mahu sahaja menggulangi semula...tapi aku tahu peluang itu mungkin akan mengambil masa yang agak lama...aku doakan segalanya berjalan LANCAR buat aku dan DIRInya..aku mahu dia selesa dengan semua ini..

No comments:

Post a Comment