Tuesday, June 22, 2010

hujan itu...

Pagi ini HUJAN turun tanpa di duga..adakah hujan itu membayangkan apa yang aku rasai.....sepantas kilat aku bersiap agar aku tidak lewat...tapi kedengarannya hujan semakin lama semakin lebat jatuh membasahi bumi...Argh pasti lewat hari ini ke pejabat..aku pernah punya  pengalaman suatu ketika dulu..berhujan dan berpanas sewaktu  menuju ke tempat kerja (hanya dengan bermotosikal pemberian Arwah BAPAK)...






Dan kini bila memandu dengan selesanya di dalam kereta walau cuaca di luar sudah menggila, aku berasa sungguh bersyukur...biarpun kekadang aku membebel sendirian bila terpaksa menempuhi kesesakan jalan raya itu kerana masing-masing berpusu-pusu untuk ke tempat kerja... Inilah nikmat yang Allah telah janjikan. Sesungguhnya sesudah kesusahan akan ada kemudahan...aku selalu membayangkan kesusahan mereka yang terpaksa menempuh keadaan yang berliku untuk ke tempat kerja..turun dan naik bas..keluar seawal pagi untuk tidak bersesak di dalam keretapi itu...Dan memori itu kini bagai pengalaman berharga buatku. Sungguh kepayahan itu mengajar aku erti bersyukur walau hanya sedikit nikmat yang diberi.


Hujan masih turun dengan lebatnya, seolah-olah akan kemarau bumi jika tidak dimuntahkan hujan segera. Dan aku masih lagi memandu di kesesakan itu...dengan harapan agar aku tidak lewat pagi ini...

No comments:

Post a Comment