Aku masih tertanya apakah beza antara BULAN dan MATAHARI....mengikut pandangan mata kasar...
“Bulan memancarkan sinarnya demi menemani malam yang penuh kegelapan. Mewarnai lukisan kehidupan semesta. Begitu juga sahabat. Sentiasa di sisi ketika di perlukan.....mungkin BULAN akan kekal menjadi sahabatmu...
Tapi aku lebih suka Sinaran matahari....melihat dia dan MATAHARI.. “biarpun keduanya tiada perbezaan. Dua-duanya sama. Menyinari alam ini. Bukanlah juga sifat seorang sahabat”.
“Selagi ada matahari menyuluh alam, dan selagi bulan setia menemani malam. Aku mahukan Persahabatan antara dia dan TEMANnya akan sentiasa kekal”. “Ya Allah, Kau berkati dan rahmatilah persahabatan mereka ini. Jadikanlah persahabatan ini kekal sehingga ke hembusan nafas akhir kelak. Amin.
Kata orang persahabatan dan cinta itu adalah dua perkara yang berbeza dalam kehidupan ini. Kedua-duanya sama penting dalam hidup ini. Hidup tidak akan sempurna tanpanya. Entah! Bagi aku, kedua-duanya adalah sama. Nilainya punyai pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia. Apa pun, aku mengerti bahawa cinta bukan mudah untuk dipaksa. Persahabatan pula akan berkembang mekar andainya sentiasa bersifat tulus, ikhlas dan jujur.