Thursday, January 21, 2010

Amik masa...

Assalamualaikum..


Kekadang dalam kesibukan kita bekerja seharian, kita sering terlupa kedua orang tua kita lebih-lebih lagi bila tidak berada di sisi mereka. Kita sering lupa doakan kesejahteraan dan kesihatan mereka semasa mereka sihat. Tetapi bila tiba masa mereka sakit tidak bermaya, baring di hujung ruang tamu, tidak seramah dulu dan menderita kesakitan barulah kita terasa kehilangan mereka.







Memang akan tiba satu hari nanti kita terpaksa kesat air mata mereka, sapu air di badan mereka, tukarkan baju mereka dan menyucikan mereka seperti yang mereka lakukan ketika kita kecil dulu. Tiada lagi gelak ketawa, gurauan, pelukan dan kata-kata semangat dari mereka yang kita dengar sejak kecil dulu. Hanya badan yang semakin lemah terlantar sakit dan lesu mengharap ehsan dari anak-anaknya. Bersediakah kita hadapinya?

Satu hari nanti juga kita hanya mampu melawat pusara mereka dan berdoa bila terlalu rindukan mereka:( Oleh itu, hargailah mereka semasa mereka ada lagi di dunia ini. Dengan apalah jasa dan budi mereka dapat kita balas melainkan ingatan dan doa kepada mereka. Berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada di dunia ini.



Aku mula terasa bile mak telefon sebab abah tanya aku balik kampung...hati aku berkata mesti dia nak aku balik tengok dia....Ya Allah, demam rupanya dia..mungkin rindu kat anak-anak yang dah lama x balik menjenguk dia..Mak kata dia dah xleh makan benda keras, dah kena makan bubur nasi je...xleh makan pedas,xtahan katanya...kaki dia mula membengkak...sampai x larat nak jalan lagi..dia hanya mampu berjalan sambil dipimpin....Abah dah banyak habiskan masa kat katil dia je...Abah dah x banyak bercakap dan kadang-kadang lebih banyak tidur...dia dah x macam dulu....Aku nak tengok abah aku sihat...pas ni aku kena habiskan masa cuti aku di kampung...hantar abah pergi berubat (mungkin berurut).....minggu lepas aku habiskan hujung minggu aku dengan abah....Alhamdulillah abah dah boleh makan nasi biarpun sikit...minggu depan abah kena g berubat lagi...kalau aku xdapat cuti aku akan pastikan adik beradik aku yang lain hantar abah pergi....ABAH maafkan orang kalau orang xdapat hantar abah t....Semoga ABAH terus sihat...



                                 *** ketika ABAH masih sihat dan mampu berjalan***

No comments:

Post a Comment