Sunday, January 24, 2010

TEMAN dan RAKAN

Teman2..rakan2..

Assalamualaikum.
Buat teman2..kawan2 dunia akhirat aku..

Doakan yg terbaik buat aku..

Terus mendoakan aku...berdoa berdoa dan terus berdoa untuk aku.
Doakan supaya aku menjadi insan yg kuat dan tabah mengharungi semua semua ini.
Doakan agar aku bahagia dunia akhirat.
Doakan aku utk berhenti bersedih..berhenti menangis.
Doakan aku supaya korang korang korang semua dapat tengok aku tersenyum ,tersengih ternampak gigi, terkekek2 gelak bahagia dengan kehidupan baru aku sekarang biarpun ade yang xsuka dengan apa yang sedang berlaku.....

Izinkan untuk aku lepaskan semuanya!!!!! Lantak la apa orang nak buat kat aku....Kau kuat kan!! Mak n ayah ajar kau jadi anak perempuan yg kuatt kan !!! bukan dilahirkan utk menjadi lemah selemahnya kan!! kau x leh jatuh dan biarkan orang pandang rendah pada kebolehan kau!!... Kau kene bangun!!

Aku menangis utk membenarkan diri aku menjadi lebih kuat! yeahhh!!

***p/s untuk diri sendiri..satu hari nanti ALLAH akan berikan apa yang kamu mahukan...BERSABAR..aku akan kuat demi MAK dan BAPAK aku...

Thursday, January 21, 2010

Amik masa...

Assalamualaikum..


Kekadang dalam kesibukan kita bekerja seharian, kita sering terlupa kedua orang tua kita lebih-lebih lagi bila tidak berada di sisi mereka. Kita sering lupa doakan kesejahteraan dan kesihatan mereka semasa mereka sihat. Tetapi bila tiba masa mereka sakit tidak bermaya, baring di hujung ruang tamu, tidak seramah dulu dan menderita kesakitan barulah kita terasa kehilangan mereka.







Memang akan tiba satu hari nanti kita terpaksa kesat air mata mereka, sapu air di badan mereka, tukarkan baju mereka dan menyucikan mereka seperti yang mereka lakukan ketika kita kecil dulu. Tiada lagi gelak ketawa, gurauan, pelukan dan kata-kata semangat dari mereka yang kita dengar sejak kecil dulu. Hanya badan yang semakin lemah terlantar sakit dan lesu mengharap ehsan dari anak-anaknya. Bersediakah kita hadapinya?

Satu hari nanti juga kita hanya mampu melawat pusara mereka dan berdoa bila terlalu rindukan mereka:( Oleh itu, hargailah mereka semasa mereka ada lagi di dunia ini. Dengan apalah jasa dan budi mereka dapat kita balas melainkan ingatan dan doa kepada mereka. Berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada di dunia ini.



Aku mula terasa bile mak telefon sebab abah tanya aku balik kampung...hati aku berkata mesti dia nak aku balik tengok dia....Ya Allah, demam rupanya dia..mungkin rindu kat anak-anak yang dah lama x balik menjenguk dia..Mak kata dia dah xleh makan benda keras, dah kena makan bubur nasi je...xleh makan pedas,xtahan katanya...kaki dia mula membengkak...sampai x larat nak jalan lagi..dia hanya mampu berjalan sambil dipimpin....Abah dah banyak habiskan masa kat katil dia je...Abah dah x banyak bercakap dan kadang-kadang lebih banyak tidur...dia dah x macam dulu....Aku nak tengok abah aku sihat...pas ni aku kena habiskan masa cuti aku di kampung...hantar abah pergi berubat (mungkin berurut).....minggu lepas aku habiskan hujung minggu aku dengan abah....Alhamdulillah abah dah boleh makan nasi biarpun sikit...minggu depan abah kena g berubat lagi...kalau aku xdapat cuti aku akan pastikan adik beradik aku yang lain hantar abah pergi....ABAH maafkan orang kalau orang xdapat hantar abah t....Semoga ABAH terus sihat...



                                 *** ketika ABAH masih sihat dan mampu berjalan***

Friday, January 15, 2010

Bengang

Entah kenapa tetiba je aku rasa marah...

Berkawan la kerana ALLAH swt.


Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang. 
 
10 K dalam PERSAHABATAN


* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).



***************************************************************************
Pesanan kepada diri sendiri...aku nak jadi seorang kawan dan sahabat yang baik biarpun banyak dugaan yang aku hadapi semasa berkawan...apa orang nak kata biarlah orang berkata yang penting "aku tetap aku".....
Ya ALLAH...KAU lindungilah semua sahabat ku..AMIN..

Thursday, January 14, 2010

Orang kata aku lahir dari perut MAK...

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon......mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat.....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Begitu sekali KASIH mak kita pada kita...

*****Cuba bayangkan ape yang aku nyatakan ini berlaku kepada kite sendiri...tentu SEDIH kan...******
Sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana Mak aku masih ade untuk aku...cuma kadang-kadang aku sendiri lupa pada mak aku...MAk maafkan orang k...t orang amik cuti balik tengok MAK...