Thursday, March 24, 2011

Tips Memilih Sahabat

Trouble is FRIEND


Kita perlu berhati-hati ketika memilih sahabat. Jika bercampur dengan orang yang salah, besar kemungkinan hidup kita juga akan tidak tenteram dan dilanda pelbagai masalah yang berpunca daripada sahabat toksik itu. Jadi, di sini diperturunkan beberapa tips untuk memilih sahabat.

1) JANGAN PILIH YANG BAKHIL

Sahabat yang bakhil adalah dari mereka yang kedekut. Kedekut untuk berbelanja, tidak mahu bertolak ansur. Sering memikirkan kesusahannya sahaja, tidak pernah memikirkan kesusahan anda. Dia lebih banyak meminta-minta daripada memberi. Jika anda bercerita tentang kesulitan anda,dia akan dulu mengatakan bahawa dia mempunyai kesulitan yang lebih besar dari anda. Satu sen duitnya seperti roda kereta lembu.

Jika berbelanja, dia lebih riang jika anda yang mengeluarkan perbelanjaan untuk dirinya. Tidak guna anda teruskan persahabatan dengan orang yang sebegini, hanya akan merugikan duit anda sahaja.

2) JANGAN PILIH YANG BODOH

Bersahabat dengan orang yang bodoh akan membuat anda tidak bersemangat. Dia akan hanya menurut sahaja apa yang anda fikirkan. Tidak memberi pendapat yang boleh mendorong kehidupan anda untuk lebih maju. Ceritanya hanya di sekitar dirinya sahaja. Tidak pernah bercerita tentang sesuatu yang baru yang boleh membuka minda anda. Dia seorang yang pak turut yang mengikuti sahaja cadangan anda dan tidak memikirkan baik dan buruknya.

3) JANGAN PILIH YANG PENIPU

Sahabat jenis ini selalu sahaja membawa cerita bohong kepada anda. Jika anda lalai saja, dia akan kenakan anda dengan kebijaksaannya. Jika berjanji, nampak bersungguh-sungguh tapi tidak menepatinya. Dia membuat pelbagai janji yang berbagai-bagai tetapi tidak satu pun yang ditepatinya.

4) JANGAN PILIH YANG PENAKUT

Sahabat yang penakut adalah yang tidak pernah memikirkan masa depannya, dia juga berkira untuk meningkatkan prestasi kerjayanya. Dia masih berada ditakuk lama walaupun masa telah begitu jauh meninggalkannya. Anda harus sedar orang yang penakut tidak perlu dijadikan Sahabat jika anda tidak mampu menjadikan dia berani.

5) JANGAN PILIH YANG PENGKHIANAT

Sahabat seperti ini bermuka manis dan bermulut manis tetapi hatinya tidak ikhlas terhadap kita. Sahabat jenis ini akan menikam anda dari belakang. Maksudnya, walaupun dia begitu baik terhadap anda tetapi ada sahaja muslihatnya untuk menjatuhkan anda.


DIA sempoi wey!! 

Friday, March 11, 2011

♥♥Mereka memang LOVING COUPLE~♥♥

Aku cuma sekadar suka-suka..menulis bukan sebuah kerjaya bagi aku..tapi sekadar minat...kisah bermulanya perkenalan antara aku dan Nur Emelia Solikin aku lupa..ntah biler??.tapi aku tak sangka dia semesra itu...tak sombong..tak kekok dan tak pernah memandang rendah kepada yang lain....

Dia isteri seorang PEGAWAI ~ dia sangat manis...dia juga baik hati....aku pernah terpikir untuk memanggilnya PUAN ~ SANGAT kelakar tapi bila ku belek2 di informasi mengenai dirinya di BUKU MUKAnya..Ya ALLAH dia sebaya dengan ku!!...

siapa sangka dia ada UNTA~
Lupakan tentang itu....kami memang jarang bertemu tapi kami saling berhubung di alam maya..suka berbalas komen!!. dia memang sporting!! dan baru2 ni kami merancang tuk bertemu dan menghabiskan masa bersama...nyata planning kami menjadi (^_^)..

Aku dan Zetty Ety sangat gembira dengan ini~pertemuan ini disertai bersama suaminya yang tersayang Sharudin Rosli  a.k.a MR HUBBY ..chumel...mereka memang LOVING COUPLE ~


Kami habiskan masa dengan bercerita kisah sepanjang perkenalan kami ~ pengalaman dan macam2 lagi..biarpun MR HUBBY seorang yang pendiam dan pemalu tapi dia tak pernah memandang kami ni PEGAWAI KONTRAK...layanan nya tetap sama...

Yang nyata aku, zetty ety dan PUAN pemilik UNTA punyai minat yang sama...hanya kami yang tahu disepanjang kami bergossip...ASYIK bercerita sedar tak sedar masa mencemburi pertemuan kami...kami akur, malam semakin lewat..badan semakin penat....harus pulang dan rehat tuk aktiviti hari esok....terima kasih PASANGAN yang ROMANTIK tu dinner malam td..


Di akhir pertemuan kami...sempat berposing bersama-sama...malah kami terus merancang tuk pertemuan yang seterusnya..mungkin perjalanan akan jauh sedikit memandangkan UNTA & JACK SPARROW harus diuji ketahanannya...hahahaha *PICNIC mungkin!! apapun tetap nantikan pertemuan yang seterusnya tuk berJIMBA~ MOga ALLAH merestui persahabatan kami~AMIN (^_^)

*note kecil~maaf kerana memuat turun gambar dari folder di FB tanpa izin

Tuesday, March 8, 2011

Never Be Replaced ♥♥♥

Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
All the love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you go
But if I have to boy I think that you should know
The love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced


I love you yes I do
I'll be with you as long as you want me to
Until the end of time


From the day I met you
I knew we'd be together
And now I know I wanna be with you forever
I wanna marry you and I wanna have your kids
Thinking never compare to the feeling of your kisses


I can say I'm truly happy to this day
You make me thank God that I live my life every day
There's never been a doubt in my mind that I'd regret
Ever having you by my side.


But if the day comes that I have to let you go
I think there's something I should probably let you know,
That everyday that I spent with you and
I won't miss you cause I'm happy that I had
You at all.

~ JUST U & ME ~
Aku sayang kamu..
memang ku akui
aku memang sukar untuk meluahkan rasa sayang itu
tetapi akan aku pertahankan semuanya
dan aku paling takut andai
tiba-tiba kamu hilang.. seperti DIA terdahulu...
jadi biarlah yang tersirat dan tersurat itu
ku genggam erat dalam lipatan hati
andai ada restu Ilahi pasti aku akan jadi milik kamu

Kamu yang aku sayang,
ku sentiasa doakan yang terbaik buat mu  


CAYANG sayang ABANG~