Wednesday, December 29, 2010

Kisah Akhir Tahun....

KINI aku dah pun menjadi seorang blogger (sebab aku punya blog sendiri..walaupun kekadang tak dituruti tarikhnya). Memiliki blog sendiri membuatkan aku rasa seperti seorang wartawan, penulis, juru foto, editor,  dan penerbit sekaligus.HEBAT kan aku??....**berangan je lebih~

KIsah TErhebat sepanjang 2010.....


Banyak yang aku lalui di tahun ini....

Januari 2010
Semuanya bermula dengan baik buat aku....biarpun terpaksa bertugas di TAHUN BARU 2010....apapun enjoy with all the team..

Februari 2010
Akhirnya mengaktifkan diri untuk menjadi seorang blogger....hurm sibukkan diri dengan membaca blog2 orang lain.....minat sedang dikumpulkan.....

Mac 2010
Bulan yang paling pahit  buat aku.....ada tarikh keramat disini....BAPAK kesayangan aku PERGI dan tak akan kembali....YA ALLAH kau tempatkanlah dia di kalangan orang yang beriman...AMIN...aku sangat sayangkan DIA....

April 2010
Meneruskan kehidupan tanpa dia disisi...MAK adalah orang yang paling terasa kehilangannya....Semoga MAK jadi lebih TABAH....

Mei 2010
Mula sibuk dengan tugas2 di BPAM...kesana kemari dengan myCINTA_DSLR.....saya sangat sayangkan awak...

Jun 2010
Aku merasakan CINTA aku masih untuk myCINTA_GElak2...ya ALLAH apa nak jadi ni...aku harus lupakan dia...

Julai 2010
Aku mula planning untuk KEMBARA mencari CINTa...tapi perjalanan terhenti bila merasakan aku puas dengan myCINTA_DSLR....dialah teman yang terbaek buat aku..langsung tak merungut...tetap disitu dengan mycinta....

Ogos 2010
PUASA datang lagi.....tetap masih setia dengan CINTAnya.....happy bersama teman-teman disekeliling...aku tahu kekadang ada dugaan yang datang tapi tu semua hanyalah sebahagian dari kehidupan....AMIN....

*Kisah MASUPILAMI...

September 2010
Meraikan hari LAHIR bersama dia.....Terasa Seperti temui CINTA baru..senyum sendiri seketika....tapi HAMPA semuanya hanya seketika......

Oktober 2010
Membiarkan dia dengan HIDUPNYA....apapun  tarikh 101010 adalah tarikh keramat..banyak kejadian yang tak diingini terjadi..BULAN ni juga banyak menguji ketahanan MENTAL & FIZIKAL aku sebagai seorang pengamal MEDIA.....tapi aku mula enjoy dengan kerja-kerja aku...

November 2010
Aku mahu teman baru....selepas BOBOY & GUGURL...kini aku punya TOTO & TOTI....mereka la penghibur sekarang....seronok......

Disember 2010
Bulan yang sangat SIBUK buat aku...waktu ni juga aku meraikan teman2 yang menamatkan zaman BUJANG mereka..tapi sayang ada perasaan BENCI wujud dalam hati AKU  bila aku ingatkan sebuah kisah yang berlaku dalam hidup seorang teman rapat..Bulan ni gak aku banyak diduga dengan kejadian yang tak diingini...argh.....takpela semua tu dugaan je..selagi aku boleh bersabar aku akan tetap bersabar....

Akhir tahun biasanya dijadikan langkah awal dalam sebuah perjalanan kisah untuk tahun kedepannya. Saat-saat seperti inilah kita harus menutup lembaran lama, dan siap untuk membuka lembar-lembar baru yang masih menjadi misteri. Bukan bermaksud kita harus menghapus kenangan, tapi kita jangan terlalu larut dalam sebuah kenangan itu, suka maupun duka. Apapun aku tetap mahukan 2011 akan bermula dengan baik buat aku....AMIN....

Thursday, December 23, 2010

Penting dalam Hidup

‎9 hal yang penting dalam hidup :

1. Belajar Memberi
2. Belajar Menghargai
3. Belajar Menerima Kebahagian
...4. Belajar Menerima Kesedihan
5. Belajar Saling Berbagi
6. Belajar Memaafkan
7. Belajar Mempercayai
8. Belajar Mencintai
9. Belajar Mengucapkan I LOVE YOU ~ tapi tak tahu nak sebut kat sapa?...

 

~Mahu ianya kekal disitu~

 

 

*tapi aku selalu sebut * SAYANG KAMU kat mak dan semua mereka yang terdekat*

Wednesday, December 22, 2010

Rase macam BODOH je.

Serius hati aku tak tenang sekarang! Rase macam BODOH je. 
Salah aku mungkin.. pagi2 dah terlalu serius membincangkan HAL yang tak sepatutnya..


tu yang aku rasa sekarang!!

kadang2 aku sendiri konpius situasi aku ni la......

Aku cuba nak berbaik dengan dia....aku tahu aku ni jenis degil + keras kepala tapi aku tak pernah cemburu dengan apa yang dia ada.. puas aku telefon dan bermesej dengan dia berkali2...(aku mengaku ini kelemahan aku dan aku mmg usaha nak ubah)...tapi langsung tak diendahkan ....aku plak tak boleh sebab aku ni jenis aku nak orang respon aku dgn cpt..


aku redha bila  last2 dia sound..dia cakap rimas n tensen sbb aku asik call n msg..takpe la bila orang dah tak suka.....dia akan bina satu ALASAN tuk buat selamatkan diri dia....takpela aku terima kesilapan aku...dan mungkin tu akan jadi kemenangan buat dia....aku rasa semakin hari aku mcm semakin jauh dgn dia..sebelum ini pun bila aku ajak bincang pun..dia wat donno je..biarlah mungkin dia suka cara begini.

~ aku tahu dia senyum lihat aku begini~
Biarlah, aku akan tetap disini untuk menjadi yang terbaik untuk orang-orang yang aku sayang....aku akan tetap tunggu dia MAAFkan aku biarpun susah.....cakap la klau memang kau dah BENCI aku..aku tetap terima...biarpun aku xsuka orang tunggu aku tapi aku memang tak kisah untuk tunggu DIA maafkan aku....so tu yg aku msg n call byk kali....



* aku mungkin sedikit KERAS KEPALA*

Tuesday, December 21, 2010

Jangan sampai timbul BeNCi~

~perlu ke nak dengki dengan kerja aku~
Kamu memang tak layak..!!!
Aku tahu kamu punya KUASA..!!! 
Tapi kuasa tu hanya seketika...!!!
Hanya pinjaman dari yang ESA buat kamu....
Aku benci giler dowh dengan kamu.. !!! 
Bukan nak doakan ye....
Tapi suatu hari nanti kamu dapat juga balasannya kerana adili aku...
Ingat satu je kita hidup ini umpama RODA..
Hari ni aku dibawah dan kamu diatas....
Aku ingat dulu kamu itu orang yang baik....
Orang yang lebih baik dari mereka...
Mereka yang pernah  sakitkan aku dengan cara yang sama....
Tapi ternyata kamu sama  saja...tak UBAH sama sekali.....

Apapun Terima KASIH sesangat....akan aku INGAT itu...

~Aku akan ingat apa yang kamu dah buat kat aku~




Saturday, December 18, 2010

Kakak SAYANG Adik...

Dalam lensa ada cinta, dan dalam cinta ada SAYANG!!!

SAYANG aku untuk kamu.....
Jadi tetaplah disitu ......



Tanggal 18.Disember.2010
Tarikh ni mungkin susah untuk diingati..
Tapi aku punya kenangan dengan DIA.. 

Semoga kamu perolehi sesuatu yang bermakna di hari lahir mu...

planning aku:::
1.hadiah??....(*semak budjet)
2.kek??...(secret...)
3.makan2???....(*nasi ayam TOK WAN)
4.jalan2??...(*planning mahu SNAP2..)


Adik, kakak mungkin jarang ada dengan kamu...kakak juga memang tak pandai nak tunjuk sayang kakak kat kamu...tapi kakak nak kamu tahu yang kakak selalu ingat kamu....kita mungkin hanya jauh dimata...tapi kita HATI kita tetap sama.....


**mode::ingat suatu ketika dulu kita gelak tawa bersama2...


Friday, December 17, 2010

DEMAM...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sumer..

Sorry la aku sibuk sikit....Erm...sori juga sebab smlm aku tak dapat tulis entri baru.. Aku tak demam, aku tak juga batuk macam dulu2...aku dah ok cuma aku lepak kat umah dengan MAK dan adik2 yang datang dari KAMPUNG...aku just nak share pasal DENGGI dan KHASIAT sup KETAM....bukan apa...ada seorang kawan kat opis aku ni SUSPEK DENGGI...jadi aku gunakan kesempatan ini tuk sharing maklumat di FACEBOOK aku...

Aidah Kasri :: 

DENGGI dan khasiat SUP KETAM ....betul ada kesinambungan?....BERKESANkah?......perkongsian idea dan pengalaman anda...... 

 

Ini pula antara maklumat yang aku perolehi dari INTERNET::

Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).


Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Sup ketam penawar denggi?

Ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.




Mungkin tu je yang aku leh kongsikan....nanti klau dah banyak komen yang aku dapat dr FB aku....aku share kan balik k....

Wednesday, December 15, 2010

Bila BuLan MengambanG~~JIWA KACAU

Aku bukan nak CITER pasal BULAN mengambang....
Tapi aku saja nak COOL kan hati sendiri..


Insiden SEMALAM bikin aku kecik ati sangat-sangat. 
Aku terasa gila dengan statement seorang teman terhadap aku....
takpe la..
MUNGKIN sebab dia sayang kat aku dia cakap macam tu....
Mungkin dia pun tak sengaja...
Apapun aku tetap HARUS berterima kasih kat dia...


CINTA~~~

**sukar dimengerti**


Mungkin HATI harus nekad untuk terus BEGINI..
Aku memilih untuk BIARkan dia....
Ada kalanya HATI tak pernah nak STABIL....
Ada je pasang surut...ada je perubahan....
Aku sendiri tak tahu kenapa cepat sangat hati jadi sentap. 
Ikutkan rasa nak MARAH je dia, tapi aku rasa tak guna.... 
Tapi setakat ini, aku masih boleh kontrol emosi aku.
Kalau aku marah, aku akan pastikan aku duduk diam layan BLOG...
Idamkan sesuatu untuk diri sendiri dan MYCINTADSLR....

Dan aku tahu ALLAH yang menentukan segalanya..

orang kata cinta itu INDAH!!

Kalau itu sudah takdir yang tersurat..
Aku terima dengan hati yang redha... 
Mungkin itu yang terbaik Kau sediakan buatku..
Aku terima, Ya Tuhan.. Aku pasrah..

~mungkin akan KEKAL begini~

Wednesday, December 8, 2010

Luahkan saja!!!!

Feeling korang saat ini.. Aku ni ada masa plak nak tanya - tanya feeling orang lain ek, sedangkan feeling diri sendiri pun aku tak tahu camner..**senyum sorang-sorang...

Mana tidaknya kan sekarang nie musim orang kawen and tukar status kan.?? Yea la dari "single" jadi "in a relationship", "in a relationship" plak bertukar jadi " married" .....seronok lihat segala perubahan tu....aku plak ntah bila.....(sedang pujuk diri sendiri untuk bersabar)






Sudah² berbalik kepada tajuk entry yea.. Luahkan saja apa yang korang rasa saat ini....

Sila!! sila!!! 

Aku tahu korang pun ada gak yang tengah JIWA KACAU~~ hati berbagi-bagi tuk luahkan segalanya...

Tak perlu lagi nak sorok² perasaan yang terpendam tue sebab  kalau tak diluahkan takde siapa tahu and confirm la takkan dapat punya apa yang korang nak.. Betulkan..??


Sekarang ni kan zaman MODEN::biarpun masih berpegang kepada adat-adat ketimuran...Tak salah rasanya jika si gadis atau si bujang yang mulakan dulu segalanya.....yang penting luahkan jerk segala rasa.. Mana tahu kot² apa yang korang rasa tue sama dengan "si dia".....pasti indah jika itu yang berlaku!!!



Pertahankanlah rasa CINTA tu selagi ada..Mungkin disebabkan oleh BENIH-BENIH cinta dan kesabaran yang ada akan buat korang gembira dan peroleh BAHAGIA..tetapkan lah hati korang disitu demi dia tanpa RAGU.......



Monday, December 6, 2010

Bila Hati Dah MATI!!!!


Bukan nak balas dendam sebab tak update berapa hari..
 
Tapi memang kewarasan aku agak terjejas, rimas dengan keadaan dan mood yang adakalanya stabil dan adakalanya tak berapa nak stabil... sedang cuba pulihkan mood aku kembali kepada asal...

Dia kata dia SAYANG aku....dan mereka yang dekat dengan aku tapi....entahlah???...aku sendiri tak nampak dimananya SAYANG tu...



"MAAF aku terpaksa beritahu yang HATI AKU DAH MATI::mati nak dengar dan lihat apa yang berlaku...."


Bagi aku.....aku tetap akan jadi aku...begitu juga mereka...cuma pesanan dan peringatan, jangan sampai kau HILANG kami....



~Mungkin sayang tu bukan MILIK kami~



**mode::mencari kembali RASA hati::

Sunday, December 5, 2010

mungkinkah AKU harus DIAM...

Inilah sebenarnya...
Apa yang aku nak beritahu!!!

Terlalu banyak persoalan...

Apa salah saya??


** DIAM **

.
.


AWAK??


.
.

** DIAM **

.
.


Kenapa agaknya semua ni terjadi??

.
.

** DIAM **

.
.


Awak??
Ok. Faham! tak mahu diganggu...
Orang akui orang salah tp orang  xda daya. 
Ditelan mati mak, diluah mati bapak
.
.
.
.
.
** DIAM **

AKU TETAP MEMILIH UNTUK DIAM

Saturday, December 4, 2010

Tiada lagi ALASAN!!!


Aku dah MUAK!!

ALASAN demi ALASAN..

Kau tetap SAMA..

DEGIL!!!

Aku tak kisah, mungkin itu cara kau....


Aku tidak suka orang beri alasan. Jadi, aku juga berusaha untuk tidak  beri alasan. Walaupun aku punya alasan yang kukuh, aku tidak akan cakap......PILIHAN aku adalah DIAM... Kerana ia tidak akan menyakitkan orang yang terpaksa mendengar alasan aku. Itu zalim.


Bagi aku mudah sahaja untuk tidak memberikan alasan. Mengaku salah – cukup – noktah.


Wednesday, December 1, 2010

One sweet day....

Sorry, I never told you, all I wanted to say.
Now it's too late to hold you. '
Cause you've flown away, so far away.

Never, Had I imagined, yeah, living without your smile.

Feelin' and knowing you hear me.
It keeps me alive. Alive!

And I know you're shining down on me from Heaven,

Like so many friends we've lost along the way,
And I know eventually we'll be together.
One sweet day.


Darling, I never showed you.

Assumed you'd always be there.
I took your presence for granted.
But I always cared
And I miss the love we shared.

And I know you're shining down on me from Heaven.

Like so many friends we've lost along the way.
And I know eventually we'll be together.
One sweet day.


Although, the sun will never shine the same, I'll

always look to a brighter day.

Yeah, Lord, I know, when I lay me down to sleep,

You'll always listen, as I pray!

And I know you're shining down on me from Heaven,

Like so many friends we've lost along the way,
And I know eventually we'll be together.
One sweet day.

And I know you're shining down on me from Heaven,

Like so many friends we've lost along the way,
And I know eventually we'll be together.
One sweet day.

Sorry, I Never told you, all I wanted to say





Kenapa ni....Entah lah... Aku tanya dan aku sendiri dah tak ada jawapan.....terasa ingin kembali  bercinta, dengan harapan datang balik semangat nak menulis. Kalau tak... BLOG akan KAKU!!!

Hahaha... Memang aku bercinta. Ada masalah? Kalau aku bercinta tak boleh beritahu kat semua orang ke? Kenapa pula tak boleh? Tak suka sebab aku bercinta dengan 'dia' dan  orang lain langsung tak suka dengan 'dia'? Apa salahnya aku bercinta? Salah ke aku bercinta dengan 'KERINDUAN'???

 
Ok, fine! Tolong bagi idea pada aku nak buat apa supaya 'dia' ni pergi?gler!!! aku memang dah hampir Giler!!! sebab aku sangat RINDUkan DIA.....