Tuesday, May 25, 2010

TAHNIAH SAHABATKU...

Alhamdulillah, selepas NOR AZRINA MASLAN bertunang pada bulan Oktober yang lepas,kini status akan bertukar dari status "tunang" orang kepada "ISTERI" orang...

Jika tiada aral melintang insyaAllah pada 28 Mei 2010 mereka berdua akan disatukan dengan ikatan pernikahan. Majlis Resepsi pula akan diadakan pada keesokkannya pula. Saya ucapkan tahniah kepada INA dan OPIE Semoga kekal ke gerbang perkahwinan seterusnya membina mahligai kebahagiaan yang dianyam dengan iman dan taqwa, Ameen....

Sunday, May 23, 2010

MATAHARIKU..



Aku memang tidak pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi...hahahahaha..kerana aku tidak punya bakat ke arah itu..aku juga jarang berkaraoke untuk menghilangkan tension yang aku ada...bagi aku cukuplah aku melepaskan tekanan bersama MyCInta_CBB...aku selalu memasang radio dengan kuat ketika memandu dan kemudian melayan perasaan sendirian...itu hanya cara aku...mungkin tidak bagi orang lain....my baby bear a.k.a my cute mute sudah memahami karenah aku, terutamanya ketika memandu sejak dia mula menemani aku setiap kali pulang ke rumah selepas pulang kerja....

sebab tu bila di ajak berkaraoke aku selalu menolak kerana bagi aku...dengan bakat yang tidak seberapa, rasanya elok jika aku hanya menjadi penyanyi latar sahaja...baik suh my baby bear..dia memang cukup berbakat....ketika pertemuan dengan Mr MAtahari, kami menerima pelawaan darinya untuk berkaraoke...

" Jom...Saya belanja KAROK...."

Aku hanya tersenyum kelat jgn suh aku nyanyi sudah..sambil memandang ke arah baby bear...ahaks....baby bear senyum lebar..dia memang suka...hahahahahaa...pilihan lagu mula dibuat...aku sekadar menjadi pemerhati...aku bukan reti semua ni...baby bear memulakan majlis opss sesi dengan menyanyi kan lagi kegemarannya "WHO KNEW"...aku memang suka dia menyanyikan lagu itu....kemudian mr matahari dan kekawan mula mengambil tempat....

Paling terkejut apabila mr matahari minta baby bear menyanyikan lagu MATAHARIKU by AGNES MONICA as a request....harus ditunaikan....aku lihat mereka tersenyum bersama....manis...pasti ada maksud disebalik lagu itu....biarlah mereka sahaja yang tahu....cukuplah aku menjadi teman dan pendengar yang setia....baby bear tidak menolak malah bebesar hati untuk  menyanyi....dan tanpa aku sedari aku dengar mr matahari berkata...

" Hurm....sama la suara dia...."ahaks....itu memang tidak aku nafikan...


**mereka punya minat yang sama**

~~~~~~
**mr matahari dan baby bear**
~~~~~~~

mungkin betul orang kata....jika kita punya minat yang sama kita akan lebih serasi..itulah yang aku mula sedari....apapun...ianya bergantung kepada diri masing2 untuk kekalkan keserasiaan dan kemesraan itu...

Cuba mengenang kembali lirik lagu mr matahari yang dinyanyikan oleh baby bear....


Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi
Dengarlah matahariku suara tangisanku
Kubersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukan waktu
Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Takada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi
~~~~~~~~~







Friday, May 21, 2010

SAYAP ILUSI....


semakin jauh aku renungi diri
semakin dekat kekasih di hati
biar mentari akulah sinarnya
biar lautan akulah airnya

kalaulah ada selain dari mu
biar ku hancur dan menjadi debu
bila hadir cinta yang satu
tidak ku peduli sejuta pun
menghukum aku dengan dusta
teracap dunia akhirnya
kerana cinta
biar aku di anggap gila wooo...
terbang dengan sayap illusi
bertutur dalam bahasa hati


kalaulah ada selain dari mu
biar ku hancur dan menjadi debu
bila hadir cinta yang satu
tidak ku peduli sejuta pun
menghukum aku dengan dusta
teracap dunia akhirnya
bila hadir cinta yang satu
jangan ditanya siapa dia
tanya dia siapa kita
dan pulang ke mana akhirnya
kerana cinta
biar aku di anggap gila wooo...
terbang dengan sayap illusi
bertutur dalam bahasa hati 
 
 

Wednesday, May 19, 2010

MY SOUL SISTER...


Hey, hey, hey
Your lipstick stains on the front lobe of my left side brains
I knew I wouldn’t forget you, and so I went and let you blow my mind
Your sweet moonbeam, the smell of you in every single dream I dream
I knew when we collided, you’re the one I have decided who’s one of my kind
Hey soul sister, ain’t the Mr. Mister on the radio, stereo, the way you move ain’t fair, you know!
Hey soul sister, I don’t want to miss a single thing you do… tonight

Hey, hey,hey
Just in time, I’m so glad you have a one-track mind like me
You gave my life direction, a game show love connection we can’t deny
I’m so obsessed, my heart is bound to beat right out my untrimmed chest
I believe in you, like a virgin, you’re Madonna, and I’m always gonna wanna blow your mind
Hey soul sister, ain’t that Mr. Mister on the radio, stereo, the way you move ain’t fair, you know!
Hey soul sister, I don’t want to miss a single thing you do…tonight
The way you can’t cut a rug, watching you’s the only drug I need
You’re so gangsta, I’m so thug, you’re the only one I’m dreaming of
You see, I can be myself now finally, in fact there’s nothing I can’t be
I want the world to see you be with me

Hey soul sister, ain’t that Mr. Mister on the radio, stereo, the way you move ain’t fair, you know!
Hey soul sister, I don’t want to miss a single thing you do tonight,
Hey soul sister, I don’t want to miss a single thing you do… tonight
Hey, hey,hey
Tonight

Hey, hey,hey
Tonight
 
 

Thursday, May 13, 2010

Happy Birthday..

Assalamualaikum.


Aku memulakan hari yang bertarikh 13 Mei 2010 dengan ucapan Selamat Hari Lahir buat sahabatku....

(AZRINA MASLAN)

dan juga seorang mama angkatku yang tersayang..

(PN HAJAH NORZIAH OTHMAN)
 

Aku mendoakan semoga mereka  sentiasa berbahagia, sihat selalu, panjang umur dan murah rezeki hendaknya. 



I love both of you. (^_^)
Sekian.

Pelita




Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,
selagi hayat di kandung badan,

Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,
kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke serata dunia,
yang gelap gelita
sehingga hembusan nafas
yang terakhir.

tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
setakat ini,

tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,


Selagi jasadku belum terkubur!
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Serata Dunia,
Seperti Cahaya…….

Wednesday, May 12, 2010

Mycinta_CBB

Sepatutnya hari ni menjadi hari paling seronok g kerja sebab semalam akaun BANK aku dah berisi semula...tapi sayang sekali hari ini menjadi hari yang sebaliknya apabila tayar kereta aku pancit. Ni salah sendiri juga sebab aku terlebih corner di bulatan pekeliling tu  dan kena penghadang jalan kerana ada motor dari arah bertentangan. melantun segala barang yang ada atas DASHBOARD kereta aku..hurm nasib baik aku berjaya mengawal stereng kereta tu..kalau tak ALLAH je la yang tau..perasaan aku ketika tu sangat berdebar...kereta mula perlahan dan aku merasakan kecederaan pada myCINTA_CBB...cian dia..

Park kereta kat tepi bulatan pekeliling tu..keluar dengan perasaan yang kurang enak...aku tengok cover rim tayar dah takde kedua-duanya..argh pedulikan la...tayar hadapan sebelah kanan dah mengempis...mungkin kerana hentakan tadi..aku mula mengucap..ALLAH..subuh2 ni...benar2 dugaan bagi aku...

Berfikir apa yang harus aku lakukan..dah la ini pengalaman pertama....subuh2 plak tu..ada ke orang nak berhenti tolong aku...nekad..berusaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain...ABANG JON pun aku tak hubungi..malas nak menyusahkan dia..lagipun salah aku sendiri....check tayar simpanan kat bawah but kereta dan tools sekali. Semua ada...tapi masih memikirkan, mana aku tau tukar tayar. (OK, tipikal perempuan kan, kan?..jarang melalui perkara seperti ini). 

Aku menghubungi seseorang dan menyampaikan apa yang telah berlaku pada aku dan juga mycinta_CBB..

"Mungkin lambat skit..tayar pancit ni....tgu je la"...
Talian telefon aku putuskan dengan harapan dia tak risau tentang aku...aku nekad menyinsing lengan baju kurung kapas yang aku pakai...mengeluarkan tayar simpanan dan juga segala perkakasan terutamanya JACK kereta(betul ke ejaan ni)..aku berusaha untuk mycinta_CBB,  tanpa rasa malu...aku bergigihan...setiap motor dan kereta yang melalui kawasan tu hanya tau membunyikan HON tanpa rasa belas kasihan melihat seorang Gadis menukar tayar keretanya sendiri...bukan nak tolong aku...(dlm hati takut sebenarnya..)aku tak pedulikan semua tu...aku mau orang mengubah persepsi mereka mengenai wanita..jangan ingat wanita itu lemah ok...

"alhamdullillah...aku berjaya jua menukar tayar setelah habis segala kudrat aku...."

pengalaman yang sangat menarik bagi aku hari ini....pengajaran jua buat aku..supaya lebih berhati-hati ketika memandu terutamanya di bulatan ataupun diselekoh tajam..jangan DRIFT lagi ok....perbelanjaan bulan ni mungkin akan tersasar lagi kerana terpaksa membaiki RIM yang sudah rosak..aku meneruskan perjalanan ke tempat membanting TULANG dengan tangan yang berlumut dan terpalit minyak-minyak hitam...sungguh sedih..hingga terluka jari jemari aku... 

 ** bukti aku bergigihan-legam..**

apapun aku sayang MYCINTA_CBB...saya janji saya tak sakiti awak lagi OK....Sekian. Pengajaran hari ni, kepada wanita-wanita, kalau nak tayar pancit, sila pancit pada waktu yang sesuai, dan diketika anda yakin ada lelaki kacak di persekitaran. :D

Tuesday, May 11, 2010

Cuba lupakan dia...

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la....aku pun pernah alami semua tu..ahaksss....

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih…
dah xde apa2 pun masih nak cuba-cuba telefon dia...sayanglah katakan...

Jadi mungkin  tips ini boleh digunakan jika ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.


Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, sesiapa pun lah..JEJAKA IDAMAN ke?...janji bukan dia..

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. 


Berdoa & Bertawakal
Ini adalah cara yang terbaik bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

Monday, May 10, 2010

Lupakan kesedihan itu...

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN KESEDIHAN

Kita semua pernah merasakan kehilangan. Namun, ketika kita kehilangan sesuatu yang sangat bererti dalam hidup kita terutamanya saat kita kehilangan ikatan dengan seseorang. Jika kamu kehilangan seseorang yang istimewa, rasa sakitnya ia mungkin akan menjadi masalah yang sangat besar sekali, seolah-olah kamu terjerumus ke dalam jurang yang dalam dan ditinggalkan. kamu mungkin merasakan kesedihan yang mendalam. 

Hidup seakan menjadi tidak nyata setelah kehilangan sesuatu yang sangat bererti. Belajar bagaimana cara menghadapinya, terlibat di dalamnya, dan masuk kembali ke dunia nyata ketika kita merasa sangat kesepian dan sedih adalah sebuah perjuangan yang terjadi dengan tingkat yang berbeza-beza untuk tiap orang. Meskipun tampaknya mustahil, ada beberapa hal spesifik yang dapat kamu kerjakan sekarang untuk membantu kamu melewati masa-masa yang menyakitkan setelah kehilangan sesuatu yang amat bererti itu. 

kamu harus mencuba ini...

1. Sediakanlah ruang dan waktu; jiwa kamu butuh waktu untuk pemulihan.
Berilah ruang bagi diri kamu sendiri. Kurangi harapan-harapan kamu dan santailah. itu bererti kamu tidak harus menyiksa diri.

2. Ceritakanlah
Carilah teman dekat untuk mencurahkan perasaan kamu. Sangat penting untuk melepaskan kesedihan  kamu dengan orang lain. Manusia diciptakan untuk menjadi makhluk sosial. Namun, imbangilah hal ini dengan menyisihkan waktu dan ruang untuk sendirian.

3. Katakan, “Selamat tinggal.”
Buatlah sebuah surat perpisahan kepada seseorang yang telah meninggalkan kamu Itu adalah salah satu jenis penghilangan emosi yang dapat membantu proses penyembuhan. Namun, jangan paksakan diri  anda.
Lakukanlah hal ini bila kamu merasa bahwa apa yang kamu lakukan itu baik.

4. Kenanglah
Kumpulkan semua benda kenangan kamu bersama orang yang kamu cintai yang berupa foto, hadiah-hadiah, surat-surat, dan apa jua. Tunjukkan koleksi tersebut kepada orang lain untuk membantu kamu mencurahkan perasaan kamu

5. Menangislah
Menangislah jika kamu sudah siap. kamu mungkin cuba melupakan dia tetapi  harus diingat, ketika saatnya emosi mulai muncul, biarkan air mata kamu mengalir.

6. Pergilah keluar!
Habiskan waktu untuk minum teh atau kopi di kafe, berkeliling di tempat kegemaran kamu dan lakukan apa jua aktiviti yang kamu suka..

7. Carilah sokongan.
Bicaralah dengan orang-orang yang dalam hidupnya sudah pernah mengalami kehilangan.

8. Ampunilah
kamu mungkin berpikir atau mengatakan “Saya seharusnya …. Saya seharusnya tidak …. Saya dapat …. Jika saja saya dapat ….” fikirkan tentang apa yang seharusnya dilakukan dan tidak dilakukan hanya akan membuat kamu gila dan mungkin hilang kawalan diri. Tak ada manusia yang sempurna, jadi ampunilah diri kamu sendiri dan orang lain.

9. Mencari perjalanan baru.
Hal ini sebenarnya merupakan bentuk mekanisme pertahanan tubuh. Jadi, rancanglah perjalanan anda .Pergilah menonton wayang, lakukanlah hobi baru, banyaklah tidur siang, atau apa jua yang boleh membina semula semangat anda...

10. Berdoalah
Baca dan renungkanlah Kekuasaan ALLAH. 

11. Singkirkanlah yang negatif.
Hentikan fikiran-fikiran negatif — ingat, fikiran-fikiran itu tak akan membantu kamu malah ia akan buat kamu memikirkan hal-hal yang lebih buruk. Berhatilah-hatilah berada di antara orang-orang yang negatif. Jika memungkinkan, menjauhlah dari keadaan yang membuat kamu sedih (lihat “Larilah”).

12. Berolahragalah
Jangan mengabaikan tubuh kamu..mungkin ia akan membina semula semangat kamu yang hilang..



Friday, May 7, 2010

Aku sayang dia..




Aku cerita yg gembira sahaja dgn dia, sebab aku sayang dia, aku xnak dia sedih bila aku sedih..

Aku uruskan semua perkara sendiri, sebab aku sayang dia, aku xnak dia susah uruskan hal aku..

Aku selalu ajak dia lepak dengan aku, sebab aku sayang dia, aku nak spend masa dengan dia..

Aku selalu tinggikan suara dengan dia, sebab aku sayang dia, aku nak dia jd lebih matang..

Aku selalu marah dia, sebab aku sayang dia, aku xnak dia buat salah lagi..

Aku kata dia xbijak, sebab aku sayang dia, aku nak dia berfikir..

Aku selalu cubit dia, sebab aku sayang dia, saje usik mengusik..

Aku selalu buat die menangis, sebab aku sayang dia,nanti aku boleh pujuk dia...

Aku nak jadi bestmate dia, sebab aku sayang dia,aku nak dia ada dekat aku..

Aku selalu kata ”nasib baik ko xkurus,kalo x..”, sebab aku sayang dia, aku nak dia lebih berfikir..

Aku jarang telefon dia, sebab aku sayang dia, aku xnak mengganggu dia..

Aku sentiasa sedia untuk pergi, sebab aku sayang dia, aku nak yg terbaik untuk dia..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 kasih ku ada untuknya..
~~~~~~
Mungkin definisi sayang bagi aku berbeza dengan definisi standard, tapi sungguh, aku memang sayang dia..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Antara wajah2 yang aku sayang....


my cute mute a.k.a B
~~~~~

Mr HAwt
~~~~~

My ROCK sister a.k.a PAYA
~~~~~~


adik-adik
~~~~~~

Cik NENAS montel
~~~~~~
With Mr Producer
~~~~~~
Mak Datin "K' dan cik Nenas
~~~~~
Malaikat Sentap yg selalu sedarkan aku
~~~~~
Mdm Opie a.k.a Makan dalam..
~~~~~
Mr Hotel aku..
~~~~~
"Aku tau aku bukan yang terbaik dimata kamu semua..tetapi aku tetap nak jadi diri aku sendiri..aku juga terima kamu seadanya...aku amat sayang kamu semua..ingat tu je...aku redha dengan apa yang telah berlaku selama ini antara kita..aku tau aku pasti akan menangis sebab aku sememangnya sayangkan kamu semua..aku tak kisah pun klau korang kata aku tak kuat bila berdepan  dengan korang...kita kawan kan...ingat apa pun terjadi kita tetap kawan...aku akan ada saat2 kamu perlukan apa yang kamu mahukan "kekuatan dan sokongan" aku sedia mendengar apa yang kamu nak keluh dan kesalkan..dan jgn pernah menyesal dengan apa yang terjadi..."

Tuesday, May 4, 2010

Ketabahan

Ketabahan bukanlah sesuatu yang dapat kita peroleh dengan hanya berdoa, Ketabahan sebenarnya hasil dari penggemblengan karakter melewat proses waktu dan tekanan hidup. Sekali lagi ketabahan juga bukan sesuatu yang dapat kita peroleh dari luar diri kita. Allah pastikan meletakkan kita ke dalam situasi-situasi yang berat atau keras sebab melalui penggemblengan itulah akhirnya akan keluar ketabahan dari dalam diri kita.

Tanpa kita sedari sebenarnya ketabahan muncul dari setiap desakan. Dalam menghadapi kesulitan biasanya reaksi awal kita adalah melarikan diri atau mencari jalan keluar secepat mungkin. Kadang memang kita berhasil, tapi adakalanya kita gagal mendapatkan penyelesaian yang kita inginkan, pada akhirnya kita harus menghadapi kesulitan itu dan menanggung derita. Apa yang harus kita lakukan jika kita berhadapan dengan situasi seperti ini; kita harus diam, kita harus berdiri tegak, kita harus menahan derita dan sakit. Kalau kita mau belajar untuk bertahan sehingga bisa melahirkan ketabahan dalam diri kita, kita tidak boleh mencari jalan pintas yang salah.

Ketabahan juga muncul dari keputusan kita untuk tidak terikat oleh waktu. Sering kali kita menetapkan batas waktu dalam penderitaan, sebenarnya kita hanya akan menderita sampai batas waktu tertentu. sedangkan kita tak punya kuasa menetapkan sampai bila  penderitaan itu akan berakhir. Jadi kita harus berkata kepada diri sendiri bahwa kita tidak tahu sampai bila semua ini akan berakhir dan kita mesti berhenti menduga-duga. Sebab setiap dugaan yang meleset akan memperburuk kekecewaan kita dan malah memperlemah daya tahan kita.



Ketabahan adalah buah dari pengharapan pada kebenaran janji ALLAH kepada umatnya...Ya Allah, Kau berikan la aku ketabahan agar aku sentiasa berada di landasanMU...padaMU aku memohon agar aku diberikan petunjuk kepada segala permasalahan yang aku hadapi sekarang...AMIN..

Bahagia!

Aku titipkan apakah yang aku temui di sebuah laman sesawang...

Erti Bahagia....

Bahagia! Bahagia! Bahagia! Satu ungkapan yang memiliki tafsiran yang pelbagai. Jika ingin disenaraikan, memang panjang senarainya.

1. Aristoteles bila bercakap tentang bahagia mengatakan, "Bahagia itu adalah kesenangan yang dicapai oleh manusia."

2. Dale Carnegie pula menyatakan, "Hati yang bahagia dapat membuat muka tersenyum dan suara jadi bersahabat".

3. Martin Luther pernah mengungkapkan bahawa, "Kebahagiaan lebih banyak menipu dari kesusahan".

4. Abraham Lincoln pula pernah berkata, "Kebanyakan orang dapat berasa bahagia apabila mahu menjernihkan fikirannya".

5. Ibnu Kaldun pernah mengungkapkan kalimat ini bila menggambarkan maksud bahagia, "Bahagia itu adalah tunduk dan patuh mengikuti garis-garis yang ditentukan Allah dan perikemanusiaan".

6. Abu Darda pula mengingatkan bahawa, "Kebahagiaan sejati adalah mengusai dunia dan bukan dikuasai dunia".

7. Joss Billings menyatakan bahawa, "Lelaki yang paling bahagia adalah yang beristerikan wanita yang baik".


Begitulah pendapat yang pelbagai dan berbeza tentang bahagia.

Namun kepelbagaian definasi ini tetap menjurus kepada satu nilai yang sama. Setiap insan berhak mengecap bahagia.


tetapi aku cukup terkesan dengan yang satu ini....

Begitupun betapa manusia tu berbeda keinginan bahagianya, Imam al-Ghazali mengungkapkan kalimah berikut dalam memberikan jaminan kebahagian sejati kepada manusia. Insan yang mulia itu mengungkapkan bahawa, "Bahagia dan kelazatan sejati, ialah bilamana dapat mengingat Allah".
Buat my CUte Mute a.k.a Cik xde bulan...aku tak mahu kamu bersedih lagi..aku mahu kamu jadi kuat lebih kuat dari aku..mungkin ada hikmah atas apa yang dah berlaku.....

Saturday, May 1, 2010

Perlukah semua ini..

“Dia bukanlah orang yang terakhir kau cintai, dan bukan hanya satu cinta itu sahaja yang kau akan bercinta.”

Selalu sangat, apabila seseorang itu yang pernah jatuh cinta dan kemudian dikecewakan cinta, akan memberitahu orang di sekelilingnya dan juga kepada dirinya sendiri yang bekas pasangannya itulah yang terhebat :

“Dialah yang terbaik, tiada lagi orang sepertinya. Tiada siapa yang dapat menggantikan cintanya yang luhur, hatinya yang lembut, layanannya yang terbaik dan perangainya yang lucu dan menawan hati! Dia The Best!”

Tidak kah pelik? Walau dikecewakan, walau dibiarkan begitu saja, walau sengsara hidup TETAP… yang mengecewakan dia itulah yang terbaik, cinta yang suci dan luhur!

Kalau baik sangat pasal apa dia kecewakan anda?! Kalau suci sangat pasal apa anda ditinggalkan? Kalau hatinya lembut dan baik, mengapa sanggup membiarkan diri anda terseksa?

Jelas sekali dia TIDAK BAIK, habis cerita!
Now, apa yang penting di sini untuk kita semua fikirkan dan renungkan sejenak adalah… “BUKAN HANYA SATU CINTA” - Maksud di sini adalah, di dalam hidup kita ini, sepanjang perjalanan mengorak langkah di dalam semak, onak dan duri kehidupan ini… BANYAK cinta yang kita akan temui, percayalah!

Jangan lah kita hanya menganggap cinta dia seorang itu lah yang satu-satunya cinta. Maka kalau tak menjadi dengan dia, tak ada lagi lah peluang anda untuk bahagia bersama pasangan yang lain?!

Dari pengalaman I sendiri, kita akan bercinta dan kecewa dan bercinta kembali, kemudian berkali-kali lagilah kecewa, berkali-kali lagilah putaran percintaaan itu sebelum kita bertemu dengan cinta yang sebenarnya cinta. Iaitu cinta sejati, TRUE LOVE!

So, for the mean time tu, kita cuba kenali pasangan kita sebanyak-banyak yang mungkin. Ketahui tabiaatnya, kenali cara pemikirannya, fahami keputusannya. Dari sini lah dalam sedar dan tak sedar kita mengembara mengenali erti percintaan yang sebenar. Dari sinilah kita mulai perlahan-lahan belajar erti bertolak ansur. Dari kekecewaan kita akan kenal pasangan yang mana lebih baik lagi, dari kegagalan kita mengenal orang yang mana patut kita kahwini.

YANG PENTING : JANGAN PUTUS ASA! Berkenalan lah dengan sesiapa sahaja yang menarik dan baik pada pandangan anda. Kemudian, jangan pula cepat jatuh cinta dan jika bercinta jangan pula beri habis keseluruhan cinta anda, simpan sedikit untuk anda cintai diri sendiri.

“Bercinta dan terus bercinta walau beberapa kali gagal sekali pun.” You know, apa selalu berlaku pada I, setiap kali I breaks?, the next person yang I jumpa selalunya yang lebih baik dari yang sebelumnya. So, JANGAN sesekali menganggap cinta bekas kekasih anda itu sahajalah yang terbaik, kerana…

“Dia bukanlah orang yang terakhir kau cintai, dan bukan hanya satu cinta itu sahaja yang kau akan bercinta…RAMAI!”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aku amat tertarik dengan kenyataan tersebut dan ternyata aku masih gagal untuk menerima apa yang telah berlaku...nekad dalam hati...hidup harus berubah...jgn biarkan hati tersiksa lagi..